Takziah dari Mama Fina & family

Masih ingat lagi tak n3 untuk IKIEN yang saya tujukan khas padanya atas minat beliau yang mendalam untuk fully BF babynya yang kedua. Alhamdulillah, ikien telah selamat melahirkan anaknya yang kedua pukul 4 pagi tadi. Lebih bermakna lagi kehadiran seorang 'puteri' yang amat dinanti2 setelah sekian lama mendapat seorang 'putera' ~ haziq pada awal perkahwinannya.
Semalam tergerak di hati saya untuk sms bertanya perkembangan beliau. Rasanya due ikien dah lepas tengah Disember nih, dan sms saya dibalas dengan beliau telah overdue 10 hari,kalau belum ada tanda2 bersalin lagi, doktor akan induce hari ini. Beliau minta saya doakan agar semuanya selamat. Namun, pagi ini berita yang saya terima, ikien telah kehilangan puterinya yang tercinta atas sebab arwah mempunyai masalah pundi kencing. Kalau tak salah saya, doktor dapat trace masa kandungan ikien 6 bulan. Allah lebih menyanyangi arwah. Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Yang penting dialah ahli Syurga yang menunggu ibu dan bapanya di hari Akhirat kelak.
Kepada ikien, tabahkan hati, kuatkan semangat, teruskan perjalanan hidup. Walau saya tak pernah merasai bagaimana perasaan kehilangan seorang anak, tapi saya tahu ianya bukan sesuatu hakikat yang mudah untuk diterima. Bersabarlah, itu sahaja yang saya mampu katakan.
Takziah dari kami sekeluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..