n3 for ikien

Semalam member baik aku, ikien sms. tanya aku mengenai puting susu yang aku guna utk fina time hantar rumah pengasuh. Ikien tengah prgnant anak kedua rasanya. aku pun tak sempat nak tanya. kalau betul, tahniah utk ikien&keluarga. mudah-mudahan selamat semuanya dan harapan aku agar ikien memberi yang terbaik utk baby barunya iaitu SUSU IBU. Dan harapan aku jugak, agar ikien dapat meneruskan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif iaitu hanya susu ibu diberi sehingga bayi berusia 6 bulan. Tiada makanan tambahan atau air masak. Insyaallah, kalau niat dah ade dalam hati time pregnant ni, mudah-mudahan tercapai hajat nak BF baby tu nanti.


Berbalik kepada soalan ikien tu, sebenarnya fina guna puting susu biasa aje. puting susu warna kuning tuh. yang warna putih keras sikit kan. Tapi sekarang ni fina dah boleh guna ape2 puting. time aku ade, baru dia direct BF. jangan haraplah dia nak botol. Yang penting kene ajar baby guna botol time dalam pantang lagi. seelok-eloknya semasa bayi berusia sebulan. kalau terlalu awal, takut bayi 'keliru puting'. kadang-kadang ade bayi bila dah senang guna puting susu,dah tak nak hisap direct dengan ibunya. tu yang menyebabkan BF tak dapat diteruskan. memang ade pendapat pakar laktasi, tidak menggalakkan penggunaan botol. suh guna cawan @ 'feeding cup'. isunye tetap sama la, tak nak bayi 'keliru puting', tapi terpulang pada ibu2. bagi aku, tak kisahlah guna feeding cup ataupun botol, yang penting ibu2 dapat terus memberikan susu ibu kepada bayi dengan ape cara sekalipun.asalkan, perut bayi kenyang.


Ade gak aku terbaca kat laman SUSUIBU.COM yang boleh aku kongsikan dengan ikien. Try gunakan puting/botol MAM. Ade ahli SusuIbu share pengalaman dia gunakan puting ni. mula2 anak dia tak nak nyusu guna puting biasa, bila dia try puting ni, anak dia nak dah botol. rasanya bentuk puting ni memang direka khas seakan-akan puting ibu. ade 'kepet' kat tengah puting untuk kurangkan pengaliran susu terlalu cepat. so, bayi tak la tersedak dan rasa puting tu lembut jer. kalau tak jumpa produk MAM ni, aku rasa ade jenama biasa gak. mcm anakku, fiffy, pureen. cuba cari yang seakan-akan bentuk puting MAM tu ye. kat bawah ni aku sertakan gambar yg aku search dari mr. google. Harap dapat membantu.



Pesanan penaja dari aku, kalau dapat belilah buku PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA, RM10 harganya (boleh beli on9 jer) tapi memang banyak ilmu yang boleh digunakan untuk diamalkan semasa dalam pantang dan start keje nanti. Kalau ade peluang, pegi kelas Persediaan BF dan pilihlah pam susu yang baik mengikut kemampuan dan yang sesuai digunakan semasa bekerja nanti. Aku ni pun baru belajar,aku cuba bantu dan kongsi ilmu aku ni setakat yang termampu. Moga2 dapat membantu menjayakan matlamat BF bakal anak buah baru aku tu ye. Salam Ramadhan dari kami sekeluarga.

Comments

  1. Tq bg info nie.deliver lambat lg,bulan 12 cuma utk persediaan je.buku utk ibu bekerjaya tu aku dah beli.mmg byk info dlm tu.utk baby 2nd nie mmg aku nak bagi susu ibu sepenuhnya sbb utk anak sulung dulu aku tak mampu nak buat.masa tu mak aku jaga dia sampai 8bulan dan aku pun masa tu baru keje kat muar nie.husband pun masih dok penang masa tu.ko ade nie,senang sikit aku nak tanya direct je.InsyAllah aku akan lakukan demi anak aku nie.Lg pun org lain bleh buat tak kan aku tak bleh kan...ekin.

    ReplyDelete
  2. Itu la tujuan persahabatan. saling bantu membantu. Kira ko skrg 6 bulan la ye. Jaga diri & baby baik2. harap2 ko berjaya BF baby selama mana yg boleh. aku yakin ko mampu lakukan..Insyaallah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..