Poser & BF...
Sesi pam pagi di bulan pose. purata 6-7 auns. time ptg, kurang sikit susu.
Dah lama aku tak letak n3 baru dlm blog ni. bukannya tak de masa, cuma rasa malas je.Harini dah hari ke-24 Ramadhan. Syukur, aku boleh menarik nafas lega kerana cabaran BF semasa berpuasa dapat aku hadapi dengan lancar. Stok susu masih cukup untuk mengenyangkan perut bulat fina tuh. Cuma aku tak penah lagi tinggalkan makan kurma & minum horlicks+oat+nestum setiap hari time sahur. Makanan lain, semua aku makan. Almaklum ler, time poser ni la byk juadah2 yg sedap senang dapat.
Sesi pam pun berjalan seperti biasa. kadang2 untuk sesi yg pkl 4 tu aku ponteng gak sesekali. lagipun waktu keje aku balik pkl 4.30 ptg. so,sempat la nak direct BF fina time balik keje. tak yah nak pam2 lagi. Purata susu 1 hari time keje masa bulan poser nih 13-14 auns, lebih kurang 4 botol jer. memang berkurangan jika dibandingkan dengan bulan lain, selalunya, dapat stok 5 botol sehari. tapi cukup untuk stok harian fina. lagi 1 botol, aku topup guna frozen EBM jer.
Apepun, sebenarnya tak la sesukar mana BF time poser nih rupanya. Yang penting tetapkan tekad, usaha dan teruskan perjuangan demi anak tercinta.
Comments
Post a Comment