Harini 1 September 2009, genap sudah umur fina 8 bulan. Aku amat2 bersyukur kerana berjaya BF fina sejak hari pertama fina lahir sehingga ke hari ini. InsyaAllah, aku akan teruskan perjuangan aku sehingga fina berumur setahun. itu target utama aku sekarang. Sejak dah masuk 8 bulan ni fina punye perangai pun macam2 ada..kadang2 tak terlayan rasa nya..tapi fina lah menjadi penyeri rumah tangga kami. (nak tak nak mama layan aje la..baba tu yg manjakan adik sangat. tu pasal ler fina jadi gini kan..ha2..)apepun aku rasa bahagia bila memiliki sebuah keluarga. Itu la harta yg paling bernilai buat diri aku. Mudah-mudahan fina menjadi seorang anak yg baik. Antara perkembangan terkini fina sejak masuk 8 bulan ni:
Fina dah 10 kg sekarang. (timbang berat guna timbang buah nenek kat kg tgganu haritu)Baru belajar nak merangkak. angkat2 buntut kedepan & belakang.Menangis bila tinggal seorang. (Ni memang dari dulu, tapi sekarang ni makin teruk pulak, aku nak pegi dapur pun susah)Dah kenal orang.Dah pandai makan, kalau time buka puasa tu, dia pun sibuk nak join skali. aku selalu bagi fina rasa buah kurma, buah epal, tembikai, nasi putih, dan yg terbaru biskut baby.Kuat berpeluh, badan terlebih sihat kot.Pernah makan kertas. (ha2..baba, bagi fina main kertas lagi, kuar pun kertas ler)Rambut fina lebat kat belah depan jer.Kerinting pulak jadinya bila dah 8 bulan nih.Mulut dah bising2 dah. nak belajar bercakap agaknya.Mandi air panas lagi. kalau mandikan dia air sejuk, buat suara tak tahan sejuk ler. Suka bila nak pegi berjalan. Tak buat hal la kalau nak shopping tuh.Pandai dah jalan2 naik motor dgn mama&baba.Suka masukkan mainan atau ape2 yg boleh dimasukkan dalam mulut.Kadang2 kuat mengamuk gak.
Comments
Post a Comment