Susu

Fiqah dah masuk 1 tahun 8 bulan. Target untuk fully bf Fiqah masih diteruskan. Cumanya dah tak dinamakan fully bf lah sebab waktu siang Fiqah minum susu formula. Bila saya dah balik kerja ataupun cuti hujung minggu, Fiqah direct bf. Cerita bab susu formula, Fiqah tak nak jenis perisa asli. Dia minum yang perasa coklat sahaja. Selepas dia reject EBM saya 2 bulan yang lalu, saya beli susu perisa asli, itupun suruh teachernya campur dengan vico, baru dia nak minum. Kalau tak, dia tak nak minum. Selainnya saya bekalkan dia dgn air kotak, vitagen, nutrigen. Cuma sekarang bila dia dah boleh minum susu formula, saya tak bekalkan air-air sampingan tu.
 
Fiqah sejak-sejak sebelum raya dia bila nak bf dia nyanyi - HE" HE" HE"HE". Ada irama dia. Lembut je minta. Fiqah malam bf dalam 3 kali. Tapi sekejap je lah. Bila saya dah cakap, 'sudah', dia terus lepas dan tidur semula. Makan memang dia minat, semua dia nak cuba makan. Latest dia suka makan pisang emas. Ada sekali tu, sampai 3 biji dia telan. Buah epal dan oren pun dia minat. 
 
Apapun alhamdulillah, saya bersyukur kerana sampai ke tahap ini. Mama halalkan semua susu yang mama bagi Fiqah. Moga Fiqah menjadi anak yang solehah dunia akhirat. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu