Cerita Raya 2013

Salam Syawal.
Lor, baru jer seronok cuti lama-lama tak payah keja, dah sampai ke pertengahan Syawal. Raya tahun ini kegilaan mengambil gambar sudah berkurangan. Hingga gambar di Hari Raya Pertama keluarga, tunggu ihsan makngah untuk emelkan gambar tu. Ada dalam kamera makngah jer. Jadi n3 kali ini tiada gambar dilampirkan.Tahun ini kami bertema rona jingga.

Seperti kebiasaan, pagi-pagi yang lelaki ke Masjid untuk solat Aidilfitri, yang wanita menyiapkan keperluan anak-anak di pagi Syawal. Usai makan pagi, kami sekeluarga bersalam-salaman. Tahun ini cukup korum kami empat beradik -along-kakngah-saya-yana. Tahun depan, raya berduaan lah umi dengan ayah di kampung jika dah turn semua di tempat lain.

Menu :
Rendang ayam pencen
Lemang
Kari Kambing
Nasi Impit
Kuah Kacang

Lepas settle bersalam-salaman, kami pulang ke kampung ayah dan arwah mak di Selandar. Raya belah sana pula. Tempat pertama : ke rumah nenek Sarah, kemudian, ke rumah Maklang Ina, next rumah Paklong Tanduk, last sekali ke rumah Mak Tua. Malamnya balik ke Semenyih sekejap sebab ada perkara yang perlu diselesaikan. Ada orang tu terlupa sesuatu.
Selesai hari pertama Syawal.

Hari kedua Syawal:
Pagi hingga petang ada sedara mara umi dan adik beradik ayah datang beraya di rumah. Petang lepas Asar balik kampung di Selandar semula. Tak habis raya lagi rumah mak saudara. Mula-mula pergi rumah Makngah Senah, kemudian rumah Makcik Noi dan singgah rumah mak tua kejap malamnya bertandang kerumah Mak Itam. Semuanya adik beradik arwah mak, mak-mak saudara saya. Kat rumah Mak Itam, berkumpul dengan Makteh dan juga Kaklong AG yang juga adik arwah mak. Jumpa sepupu-sepupu yang lama tak jumpa. Masa saya kecil-kecil dahulu, selalu cuti sekolah tinggal di rumah Kaklong AG di Alor Gajah. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai.

Hari ketiga Syawal:
Pagi semua orang tak ada kat rumah sebab beraya. Along & family dah balik raya kedua ke rumah mertua. Kakngah raya belah suaminya pula, umi dan ayah juga awal pagi dah keluar beraya belah family umi. Tengahari kami anak beranak ke Bahau, lunch di Marrybrown. Itu je yang bukak. Petangnya pula ke rumah kawan baik saya Suzi di Felda Raja Alias Serting 4. Ini memang tempat wajib kalau saya beraya di Negeri Sembilan. Kawan baik dari zaman sekolah form 4. Lepas tu kami ke rumah kawan baik lagi seorang - Nazrah. Adik dia yang kakngah tu kawin. Tak dapat datang hari langsung raya keempat sebab kami sekeluarga ada program lain. Makan malam kat sana. Punya jem jalan kat Batu Kikir tu. Al-maklumlah ramai yang balik kampung.

Hari keempat Syawal:
Belah pagi keluarga belah Paklong Tanduk (abang ayah) datang dari kampung. Sila jangan pelik mendengar nama itu. Sebabnya saya pun tak tahu dari mana asalnya gelaran 'tanduk' tu. Tengahari lepas tunggu Along & family dari Bukit Puchong, kami ke Melaka Wonderland. Rombongan keluarga yang lama ditangguhkan. Dah berkumpul semua, dan memandangkan tiket pun nak expired hujung Ogos ini, kami adik beradik bermandi manda di sana. Ini kiranya gathering kedua selepas bergathering awal tahun dulu ke Kuala Selangor. Selepas ini insyallah kami akan bergathering di Morib pula. Seronok sungguh anak-anak bermain air. Lagipun tak ramai sangat orang, jadi boleh main puas-puas. Cuaca pun elok sahaja, tak panas sangat walaupun kami sampai seawall 2.30 petang di Melaka Wonderland. Terjumpa pula member sekolah lama dulu – Suzilena (tak ingat dah eja nama dia macamana) Ramai dah anak dia. hi2..Borak-borak kejap. Duk Melaka je dia. Ini orang sekampung dengan kawan baik saya – Syikin. Orang Palong. Dah penat-penat main air, semuanya ada acara sendiri. Saya ke rumah mak tua, tidur di kampung. Kakngah balik lembah, Along balik ke rumah mertua semula. Dah selesai semua acara raya.
Hari kelima Syawal:
Berangkat balik ke Semenyih. Berehat-rehat di rumah untuk menghabiskan sisa-sisa cuti raya yang tinggal.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..