Ramadhan

Masuk ke hari-hari terakhir Ramadhan. Sudah 23 Ramadhan. Begitu pantas masa berlalu. Macam lagu Raihan dan Mambai .......
                Masa yang pantas berlalu
                Hingga tak terasa ku berada
                Di bulan Ramadhan semula
Rupanya sudah di penghujung. Alahai, sebak pula di hati. Minggu lepas kami sekeluarga balik berbuka puasa di belah mertua saya di Setiu Terengganu. Balik 4 hari. Sepatutnya kami balik awal Ramadhan, tapi kesibukan masing-masing terutamanya baba F&F membuatkan kami mengubah perancangan balik ke pertengahan Ramadhan. Alhamdulillah, sempat berbuka puasa dengan keluarga belah suami. Dan tahun ini turn berhari raya di Negeri Sembilan saya suka!. Sudah ada jemputan  perjumpaan kawan-kawan sekolah yang berbelas tahun tak jumpa di FB pada Raya Ketiga. Dan mungkin Raya Keempat nak pi berendam di Melaka Wonderland yang kuponnya expired hujung bulan ini. Entahlah, begitulah beberapa perancangan yang sebenarnya tidaklah ditetapkan jadi ke tak lagi. Kata hanya merancang, jadi ke tak, tak tau lah.
 
Oh ya, tahun ini pendekatan shopping raya diambil secara last minutes. Minggu ini baru nak pergi beli kelengkapan raya untuk Fina & Fiqah. Tak ada bajet khusus, apa yang rasa perlu, beli sahaja. Yang tak perlu, tak payah beli. Bab biskut raya pulak, tahun ini saya berjaya buat 2 jenis biskut - biskut nestum & biskut suji. Tapi macam tak larat jer sebab kekurangan kakitangan. Fina pun tolong gitu-gitu jer. Jadi saya mengambil keputusan untuk membeli biskut raya di Tesco. Kerepek-kerepek telah selamat dibeli. Kelengkapan di rumah tiada penambahan. Gunapakai sahaja barang yang sedia ada. Cuma projek untuk membersihkan rumah secara besar-besaran akan diadakan minggu ini juga. Semua nak buat minggu ini, entah larat ke tidak. Kalau tak larat, balik dari cuti raya lah baru diuruskan apa yang patut.
 
Jalan TAR????Mungkin tidak ada dalam senarai tempat shopping saya. Sebabnya tak larat nak bawa dua orang puteri yang tak reti duduk diam ke tempat orang sesak. Silap-silap hilang pula anak saya. Tak apalah, beli di mana-mana asalkan apa yang dihajati akan didapati.

Selebihnya bersedia untuk pulang ke kampung sehari sebelum Hari Raya. Insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu