EBM dan Pasta


Kalau minggu lepas Fiqah reject EBM, alhamdulillah, Isnin lalu bekalan 2 botol EBM telah diminumnya. Pengasuh Fiqah kata, berpangku baru dia minum. Dan saya gunakan botol tommee tippie yang diberikan oleh makngah F&F agak lama dahulu. Hati lega sebab letih nak fikirkan menu apa yang sesuai untuk dibuat dengan susu yang tidak diminum oleh Fiqah. Kalau dah lama, expired sudah tentu kena buang pula. Ada beberapa resepi baby yang telah saya salin untuk dicuba menggunakan susu ibu. Hari ini saya bekalkan 3 botol EBM. Tak tahu sama ada Fiqah reject ataupun minum.
 
Bila dah beberapa hari stok EBM tidak digunakan ikut cycle biasa, stok frozen bertambah dengan jayanya. Alhamdulillah. Masalah stok berkurangan telah dapat diatasi. Lebih kurang 8 botol telah dibekukan untuk stok frozen EBM minggu lepas. Macam Fiqah tau-tau sahaja mamanya nak buat stok frozen, itu yang tidak diminumnya stok susu minggu lepas. Memandai je mama kan, padahal risau Fiqah tak mahu minum susu lagi. Allah mempermudahkan jalan saya kali ini. Syukur. Moga target penyusuan susu ibu selama 2 tahun akan tercapai.  
8 botol fresh EBM yang jem sebab Fiqah reject EBM minggu lepas.
Masalah susu telah selesai. Sekarang berbalik pada makanan Fiqah. Fiqah memang seorang bayi yang OBSES tentang makanan. Lebih-lebih lagi apa yang orang lain makan. Dia nampak macam sedap sahaja. Tak boleh tengok orang makan, mula buat muka kesian. Kadang-kadang buat bunyi mintak kita suapkan dia. Saya bercadang nak buat puree buah. Kena cari mangkuk blender lain untuk kisar buah. Tak boleh campur dengan blender yang sedia ada. Takut jadi rasa lain pula puree tu. Kalau beli mangkuk lain, rasanya tidak mahal sangat.
 
Ini pasta yang saya sediakan semalam. Senang sahaja. Resepi buat sendiri. Bukan Fiqah sahaja yang makan, Fina pun suka makan.


Pasta F&F
 
Bahan-bahan
Apa-apa jenis pasta direbus
2 biji bawang putih
1 biji bawang merah
1 inci halia
Sedikit serbuk rempah sup
2 biji kentang dipotong dadu
Sedikit lobak merah dipotong dadu
Sedikit hirisan ayam
Air secukupnya
 
Caranya
Rebus pasta dengan air hingga lembut. Toskan
Hiris bawang dan halia. Tumiskan dengan sedikit minyak.
Masukkan serbuk sup.
Masukkan ayam dan tumis seketika.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan kentang dan lobak merah.
Masak sehingga semua empuk dan lembut.
 
Sedia dihidang dengan masukkan pasta dan kuah dalam mangkuk kecil.
 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu