Perjalanan BF Fitri

Stok EBM dalam pantang
Alhamdulillah, rezeki untuk 3rd baby dipermudahkan urusan penyusuannya. Fitri masih fully breastfeed tanpa topup dengan susu formula. Stok susu nak kata banyak, tak banyak, nak kata sikit tak sikit. So, kira cukup-cukup untuk rotate penggunaan Fitri selama seminggu.

Jadual pam di ofis masih sama :
  • Sesi pertama -  jam 10.30 pagi ke atas.
  • Sesi kedua -  jam 1.30 petang (waktu rehat)
  • Sesi ketiga - jam 4.30 ataupun pukul 5 petang (time balik dalam kereta)
Sehari bekalan Fitri sebanyak 4 botol di taska. 1 botol lebih kurang 3oz-4oz. Selalunya habis 4 botol. Jadi untuk penggunaan harian, bekalan susu Fitri saya akan bekalkan 2 botol susu fresh dan 2 botol lagi guna stok frozen EBM. Susu yang pam kat ofis, kalau ada lebih saya jadikan stok EBM. Cuma semasa bulan Ramadhan tempoh hari, pengeluaran susu agak terjejas. Lagipun baru masuk kerja dan badan belum sesuai lagi dengan jadual pengepaman. Jadi saya banyak guna stok EBM untuk topup bekalan ke taska. Fitri hanya minum susu melalui botol jika di taska, dan akan direct bf bila berada bersama saya. Sambil baring-baring, santai-santai, begitu mudah menjalankan amanah penyusuan ini kan.

Target pertama penyusuan penuh selama 6 bulan hanya tinggal sebulan lebih sahaja untuk capai. Diikutkan kurang cabarannya jika dibandingkan penyusuan anak pertama. Semuanya bersandarkan pengalaman dan ilmu. Dan yang paling penting ialah mindset. Walaupun ini hanya cerita mengenai penyusuan, tetapi tidak semua ibu yang berpeluang menyusukan anaknya sepenuhnya dengan susu sendiri. Jadi, selagi ada peluang, tidak rugi mencari ilmu penyusuan. Bukan sahaja mendapat ganjaran pahala di sisi-Nya tetapi insyaallah, bayi akan lebih kuat antibodinya dan lebih rapat dengan ibu. 


Fitri mengantuk bila dah kenyang bf.zzzzzzzz
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

Comments

  1. Tahniah sis, masih Fully BF..saya pun sekarang tengah BF anak kedua..Alhamdulillah anak saya sekarang hampir 10 bulan &masih fully BF...
    Sama2 kita doa semoga Allah permudahkan perjanalan BF kita, InsyaAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu