Fitri 4 bulan ke bawah


Anak ketiga rasa semuanya cepat! Mungkin kerana mama nya tidak lagi mengira hari-hari berlalu, bila anak nak besar bulan ke bulan. Tidak seperti zaman mendapat anak sulung. Setiap perkembangan dicatatkan, setiap perubahan diamati dan setiap tindak tanduk diawasi sepanjang masa. Pendek kata, sepenuh perhatian dicurahkan kepada anak pertama. Cuba tengok dari segi tangkap gambar ajerlah, Fina punya gambar beralbum-album, Fiqah punya dah kurang sikit, Fitri pula langsung tak ada album gambarnya lagi. Alahai...Tapi apa yang mama nak anak-anak mama tau, mama sayangkan semua anak-anak mama sepenuh hati.

Fitri di usia 3 bulan dah pandai meniarap. Cepat kan. Sekarang usia dia nak masuk 5 bulan, dah meniarap ke belakang pula. Rambut tumbuh kat depan sahaja sejak baba nya cukur dan tahnik pada usia dia dalam hari. Sekarang rambut tengah cukur bantal. Belakang licin, depan sahaja tumbuh. Ini perkembangan Fitri di sekitar usianya 4 bulan ke bawah :

  • Pass lesen meniarap.
  • Suka mandi dari kecil. Senyap jer bila mandi.
  • Demam pertama di usianya 3 bulan lebih.
  • Suara kalau menangis memang volume kuat.
  • Malam start pukul 8 malam ialah time kena pegang dia.
  • Masa dalam pantang, jadual tidur dia tak menentu - tidur lewat jam 1-2 pagi. Kuat muntah, sekarang dah ok dah.
  • Dah pandai gigit.
  • Suka senyum atau gelak bila diagah.
  • Berat badan dah 6.6 kg di usianya 4 bulan.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu