Demam



Lama kelamaan, muka Fitri dah semakin iras kakak Fina & kakak Fiqah nya. Kalau tengok masa dia baru-baru lahir, muka macam baby boy. Yelah, dulukala mamanya memang yakin yang dalam perut tu adalah baby boy. Hi2. Sekali scan masa usia kandungan 8 bulan lebih, baby gegirl lagi. Alhamdulillah, itukan rezeki Allah.

Fitri dapat demam pertama masa sebelum raya haritu. Masa itu usia dia 4 bulan. Malam tadi demam kedua - di usianya memasuki 5 bulan minggu depan. Mungkin demam nak tukar bulan agaknya. Fitri tak merengek malam tadi, tidur lena cuma bahagian kepala yang agak panas. Sejak cuti raya tempoh hari, batuk tak hilang-hilang lagi. Meniarap pun dah pass, sekarang tengah berlatih masuk gear mengundur. Bila letak atas tilam, kejap jer dah sampai hujung tilam.

Harap demamnya tidak berpanjangan. Bayi memang kerap demam kerana sistem imunisasi badannya belum kuat sepenuhnya. Selagi dia nak menyusu, jadi saya kurang risau sangat. Cepat sembuh Nur Anisah Fittriah:) Nanti hujung minggu nak pi jalan-jalan berhari raya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..