Fiqah & Fittriah

Si putih selepok saya ini lagi 2 bulan nak masuk 4 tahun. Insyaallah, hujung tahun ini saya rancang nak buat Majlis Kesyukuran untuk sambutan birthday Fiqah dan Fina. Combine teruslah si bongsu Fittriah yang lahir bulan Mac sebab besday Fittriah yang setahun dulu telah cancel majlisnya. Fiqah tahun depan tak confirm lagi nak masukkan dia sekolah untuk 5 tahun ke tak. Bulan Ogos lepas saya ada mohon untuk dia masuk ke Taska PASTI, tetapi tak pasti tau lagi dapat ke tidak. Taska dekat dengan area rumah, belum survey. Kalau ikutkan babanya, dia nak hantar anak ke taska umur 6 tahun nanti.

Alkisah bila Fiqah dah masuk usia 3 tahun ke atas, pagi-pagi akan badmood bila bangun tidur terutamanya bila hari bekerja lah. Nak saya layan dia dahulu, lap muka dia dengan tisu basah, cakap elok-elok barulah dia akan ok. Tak nak turun dari rumah dengan babanya, nak saya hantar ke kereta. Ada sekali tu, bila dah sampai depan taska, menangis tak nak pergi taska. Fiqah dah free diapers, cuma kadang-kadang bila di taska teacher akan pakaikan bila masa dia nak tidur. Setakat ini, Fiqah tak pernah lagi kencing malam. 

Sudah petah berbicara, sangat manja dan seorang yang soft spoken. Dia akan rajin buat sesuatu bila dipuji. Kalau nak suruh dia kemas mainan, kena  puji dia dahulu memang sampai bersih mainan dia kemas. Tapi bila sampai mood malas dia, suruh macamana pun dia tak nak buat. Pandai bercerita pasal kawan-kawan dia di taska - kawan baik dia Husna yang selalu dia sebut.


Si bongsu saya ~ Fitriah pula sudah berusia 1 tahun 7 bulan. Pandai merajuk dengan style berguling kat lantai dan menangis bila tak dapat sesuatu. Kuat makan walaupun badannya tak lah bambam macam akak-akak dia. Pantang tengok orang makan, dia sure akan makan juga. Bila makan kat rumah atau kedai makan, nak makan suap sendiri. Faham cakap dan arahan ringkas. Boleh panggil mama, baba, akak ika, akak ina. Kalau dia nak senang, dia panggil semua orang mama sahaja. Mainan kegemaran dia kat rumah ialah pinggan mangkuk mama kat dapur. Gigi Fitriah dah tumbuh semua kat bahagian gusi atas, gusi bawah pula tumbuh gigi kat tengah-tengah sahaja. 


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu