Ramadhan

Alhamdulillah, dipertemukan Allah dengan Ramadhan kali ini.

Rutin harian tidak banyak yang berubah. Pagi saya hantar Fina ke sekolah manakala Fiqah dan Fittriah, babanya tolong hantar. Balik kerja pula, saya yang akan ambil Fiqah dan Fittriah dari taska dan babanya ambil Fina di KAFA. Tugasan yang telah dibahagikan sejak awal. Cuma waktu pulang kerja di bulan Ramadhan saya akan menghadapi kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Semua mahu pulang ke rumah awal untuk berbuka puasa bersama keluarga. Hakikatnya, bila dah lalui hari-hari jalan yang jem, sampai satu tahap saya rasa dah lali dan memandu macam tak ada perasaan. Bila masuk kereta, bawa kereta dan tanpa sedar dah sampai ke rumah. Lol..macam robot dah. Yang penting sampai di rumah dengan selamat dan berjumpa anak-anak yang sedang menunggu kehadiran mama nya.

Ramadhan kali ini, saya tidak mengepam susu lagi. Fittriah telah campur susu formula sejak bulan lepas. Waktu lepas kerja dan waktu cuti Fittriah masih bf seperti biasa. Cuma sekarang dia dah pandai berebut bila tengok akak-akaknya minum milo dalam botol. Kena bagi dia juga sebotol. Si bongsu saya sudah memasuki usia 1 tahun 3 bulan. Makin sihat, makin bijak, kurang menangis, pandai bermain sendiri dan bermain dengan akak-akaknya.

Ramadhan kali ini, saya ingin memasak sendiri. Walaupun menu ringkas sebab tak punya banyak waktu, mudahan berkat air tangan ini untuk mengenyangkan keluarga tersayang. 

Ramadhan kali ini, saya tidak dapat hadir ke surau untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Anak-anak di rumah masih kecil untuk dibawa ke surau atau masjid. Jadi dengan bertadarus Al-Quran di pejabat dan mendengar slot agama di radio adalah cara lain untuk menambah keberkatan puasa saya tahun ini. 

Ramadhan kali ini - mudahan lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Selamat menjalani ibadah puasa. Moga ibadah ini dapat mensucikan jiwa nurani kita sebagai seorang Islam. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu