24 August 2015

Nasi Arab

Lama tak buat resepi baru. Walaupun hari-hari masak menu harian bila balik kerja, tapi masak menu biasa sahaja. Jadi Sabtu lepas saya cuba buat nasi arab menggunakan pek Al-Bayt berharga RM15 yang dalamnya ada beras basmathi, rempah tumis dan rempah perasa yang kita pilih. Kali ini saya cuba Nasi Arab -  Kabsah Ayam.

Al-Bayt Nasi Arab
Cara-cara untuk menyediakan nasi arab ada tertera di belakang kotak. Cuma ikut dan sediakan bahan tambahan yang perlu seperti tomato puri, lada hijau,bawang putih, bawang besar, daun ketumbar, tomato, timun, lemon dan ayam. Nasi Kabsah ini ayamnya dipanggang. Salad dan sosnya juga ada resepi dibelakang kotak. Hanya ikut dan confirm jadilah ;)

Ayam kabsah yang dipanggang/salad/sos.
Nasi arab Kabsah ini warnanya agak kemerahan. Saya lebih suka makan nasi arab yang berwarna kuning dan putih. Mungkin lepas ini saya nak cuba pek Nasi Arab - Mandy pula.

Nasi arab yang dah siap
Pandangan saya - pek nasi arab ini memenuhi citarasa bagi penggemar nasi arab. Rasa rempahnya yang cukup dan nasinya boleh dimakan 4-5 hidangan. Tapi anak-anak saya lebih suka makan nasi arab di Restoran Hadratulmaut Bangi..ha2..sebab mungkin rasa rempah tak sama dengan nasi yang dimasak di restoran dan kami memang pelanggan tetap restoran ini. Selalunya sebulan sekali saya dan abang akan bawa anak-anak makan malam di sana. Percubaan berjaya, cuma tidak memenuhi selera anak-anak dara pula.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails