18 August 2015

Fiqah ke Hospital Serdang

Khamis lepas Teacher Fiqah beritahu Fiqah diserang demam panas semula. Petangnya saya minta time-off dan bawa Fiqah ke Hospital Serdang memandangkan Fiqah dah demam lebih seminggu. Saya risau jika Fiqah kena jangkitan kuman ataupun suspek denggi sebab kali ini demamnya lambat baik.

Bahagian kecemasan di Hospital Serdang sedang dalam renovation. Tempat menunggu pesakit di dalam khemah berhadapan bilik rawatan. Kali terakhir ke sini semasa saya mengandungkan Fiqah sebab doktor di Klinik Kesihatan Beranang minta refer Hospital Serdang - saiz baby kecil daripada usia kandungan. Bertahun berlalu, kali ini saya bawa Fiqah yang dah besar untuk mendapatkan rawatan di sini. 



Mula-mula di bahagian saringan, daftar nama dan nurse check suhu badan Fiqah, tekanan darah dan ambil darah untuk ujian darah. Selepas itu daftar di kaunter untuk tunggu panggilan daripada doktor pula. Fiqah tak menangis masa ambil darah. Cuma badannya agak lemah dan letih menunggu lama sementara dipanggil doktor. Lebih kurang 2 jam baru dapat jumpa doktor. Doktor yang bertugas masa itu ialah doktor lelaki. Sangat detail ketika memeriksa Fiqah. Result darah Fiqah tak ada masalah. Doktor pesan jika demam berlarutan hingga hari Isnin, dia minta datang semula ke Hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Jadi doktor beri ubat demam, ubat batuk dan antibiotik. 

Lepas jumpa doktor saya ke bahagian Farmasi berdekatan untuk dapatkan ubat. Hari Sabtu Fiqah makin sihat dan tidak terbaring lesu jika dibandingkan minggu sebelumnya. Dia dah ada selera makan dan aktif bermain dengan akak dan adiknya. Ahad tu bila dia tengah sibuk main, tiba-tiba dia cakap " ika nak picang laaa".. Rupanya Fiqah teringin makan pisang. Petang saya belikan pisang, dia makan 3 biji dalam kereta. Alhamdulillah, Fiqah dah sembuh sepenuhnya. Hilang risau di hati...

3 comments:

  1. anak tidak sihat, ibu pasti risaukan..
    jom, klik :
    https://www.youtube.com/watch?v=qMqQTGhAF4Y

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails