12 August 2015

Fiqah Demam

Si jepun saya ini baru kebah dari demam. Alkisahnya 2 minggu lepas bercuti di Port Dickson. Teruja sangat dapat mandi kolam renang dan mandi laut, terus jatuh sakit. Masa dalam kolam renang, adalah 3 kali dia tenggelam dalam air. Demam terkejut semangat agaknya. Dekat seminggu lebih Fiqah demam. Tak nak makan dan minum sampai bibir dia jadi kering. Saya dan abang bergilir-gilir jaga Fiqah.

Sejak baik dari demam, dia tak nak babanya layan dia. Asyik nak berkepit dengan mama. Walhal saya selalu gelarkan dia anak kesayangan baba, sebab dia rapat dengan babanya. Mungkin dia tak suka bila babanya kerap suruh makan ubat. Buat protes pula Fiqah.

Kalau masa raya tempoh hari Allah beri kesihatan terhadap anak-anak kami, selepas raya Allah uji dengan nikmat kesakitan terhadap anak-anak kami. Lepas Fiqah demam, Fina pula, selepas itu Fittriah. Berjangkit seorang-seorang. Alhamdulillah, anak-anak saya telah sembuh dan makin sihat minggu ini. Cuma Fiqah tak cergas sangat. Badan baru pulih, asyik terbaring dan tidur di rumah.

Fittriah pula demam on off, ada satu malam tu dia muntah-muntah selepas menyusu. Tapi Fittriah akan aktif bila rasa badan dia sihat. Malam pun dia tak menangis dan akan tidur nyenyak walau demam. Jadi cepat sikit kebah sakitnya. Fina pula antara anak saya yang saya rasa paling kuat antibodinya. Tidak kerap demam bila dah masuk usia 5 tahun ke atas. Sebabnya saya dan abang jarang pergi klinik kalau anak demam biasa. Kami kurangkan beri anak ubat yang pelbagai. Taulah kalau pergi klinik, ubat sahaja 5 jenis. Antibiotik pasti ada, dan anak saya jenis ikut mood nak makan ubat. Selalunya berdrama dahulu baru berjaya bagi mereka ubat. Kalau tak, tersimpan aje ubat yang banyak tu dalam peti sejuk.

Selalunya abang akan beli ubat demam strawberry jenama panadol di kedai ataupun ubat demam oren excel di Klinik berdekatan. Saya ada baca bahawa kanak-kanak alami demam untuk membina sistem ketahanan tubuhnya. Bukan tak makan ubat langsung, cuma kami minimakan pengambilannya. Tak mahu bergantung pada ubat yang banyak. Dengan itu anak-anak kami akan pulih demam dalam beberapa hari dan insyallah jarang demam pada bulan berikutnya.

Cara lain nak sejukkan suhu badan anak, selalu basahkan/jaram kepala dan badan anak dengan air sejuk dan pantau suhu badannya agar tidak menjadi tinggi. Saya pernah beri minum air barli yang direbus, air kelapa, pakaikan stokin dan beri air kosong untuk pengambilan lebih cecair dalam badan bila anak demam. Bagi Fittriah yang masih bf, saya kerapkan sesi penyusuan bila dia demam. Cuma masalah utama bila anak tinggal di taska ialah selsema dan batuk. Ini memang susah sangat nak pulih. Kadang-kadang baru jer elok selsema seminggu, minggu depan kena semula. Sampai melecet hidung baby tu sebab selalu lap hingus yang keluar.

Orang selalu kata, sementara anak-anak nak besar, macam-macam ujian kita akan hadapi. Tapi bila anak dah besar datang juga ujian lain, tapi dengan cara dan jalan yang berbeza pula.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails