Persiapan Raya

Melewati 10 hari terakhir Ramadhan 1436 Hijrah. 
Idea menulis kering kontang ;(

Tahun ini persiapan Hari Raya diadakan secara sederhana. Tidak tahu kenapa, bila dah makin meningkat usia, keghairahan untuk menukar baju, kasut dan kelengkapan diri yang lain makin berkurangan. Persiapan lebih banyak tertumpu kepada anak-anak. Baju Fina, Fiqah dan Fittriah dah beli, kasut dah beli, cuma beg dan tudung raya belum lagi. Insyaallah, minggu ini saya akan cari di kedai area pekan Semenyih sahaja.

Lama tak buat biskut raya, tahun ini saya dah buat dua jenis biskut pada minggu lepas. Mulanya harap Fina dan Fiqah tolong, lepas tu mamanya seorang yang duk menyiapkan biskut raya seorang. Anak- anak dara belum boleh diharap. Nanti dah besar boleh tolong mama ya. Dua biskut yang saya cuba - biskut conflakes & biskut german. Fina tolong letak manik gula bila buat biskut german. Satu tangan letak manik atas biskut, satu tangan suap manik dalam mulut. Minggu ini nak buat popiah nestum pula. Cukuplah 3 jenis kuih untuk isi masa di hujung minggu. Kalau rajin, nak buat juga butter kek untuk bawa balik kampung. 

Start bulan puasa, keadaan kesihatan keluarga kami kurang baik. Awal ramadhan saya telah diserang selsema dan batuk. Berlarutan hingga ke hari ini. Fiqah pula demam malam 3 hari. Minggu ini abang tak sihat dan malam tadi Fittriah pula yang demam. Perubahan cuaca agaknya. Saya pula jenis yang kuat minum air kosong, tapi bila dah berbuka puasa tak larat nak minum sampai 8 cawan. Mungkin itu penyebab diserang batuk berlarutan. Kurang minum air.

Tahun ini kami akan beraya di kampung saya. Cuma pertama kali menyambut 1 Syawal abang tidak berhari raya bersama kami. Abang kena bertugas di pagi raya dan akan pulang meraikan raya bersama kami pada tengaharinya. Jadi abang akan hantar saya dan 3F pulang dulu ke kampung beberapa hari sebelum raya.

Tema baju raya ~ tahun ini tema peach untuk mama dan 3F sahaja . Abang baju Melayu color hijau sebab time shopping haritu tak jumpa color peach.

Salam Aidilfitri.
Mohon ampun maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu