Raya 2015

Raya Pertama
Berhari raya di rumah mak Norma- mak angkat di pagi raya. Tunggu abang balik dari Kajang dan sebelah petangnya beraya di kampung Melaka. Rumah Nenek Sarah, rumah Maklang Ina, rumah Paklong Tanduk, rumah Pak Andak, rumah nenek Birat dan last sekali singgah rumah mak tua. Kat kampung Pondok Kempas, Selandar ini semua keluarga belah ayah dan arwah mak kebanyakannya tinggal di sini.

Raya Kedua 
Duduk rumah sahaja sebab keluarga belah ayah nak datang beraya.

Raya Ketiga
Bawa ayah dan umi berhari raya. Mula daripada rumah maklang di Jelai 4, terus ke Petaseh, Jelebu rumah bapa saudara Umi, terus ke Seremban rumah arwah nenek Seremban di Temiang, ke rumah makcik (akak umi) di Senawang dan rumah nenek uda (mak saudara umi) di Taman Marida, Senawang. Balik pula singgah di Rembau rumah makteh (akak umi).

Raya Keempat
Abang ajak balik ke Semenyih belah malam. Sebelum itu sambung raya di kampung Melaka. Raya rumah Makngah Senah, Makcik Noi dan rumah Mektam. Sebelum balik singgah jumpa mak tua. Yang ini semua belah arwah mak. Adik beradik arwah mak. Ingatkan nak beraya di rumah mak saudara di Alor Gajah, tapi dia nak ke Nilai lepas magrib. Jadi kami terus pulang ke Semenyih malamnya.

Raya Kelima
Duduk berehat di Semenyih.

Raya Keenam
Fina dah mula sekolah.

Raya Ketujuh
Saya dan abang dah mula bekerja. Anak-anak jalani rutin harian seperti biasa. Fina ke sekolah, petang ke Kafa. Fiqah dan Fittriah pula tinggal di taska.

Minggu ini mungkin nak beraya kat rumah adik beradik abang di KL.

Gambar hari raya 2015 bersama 3F. Susah sebenarnya nak suh 3F ini duk diam-diam tangkap gambar. 






Salam Aidilfittri.




Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu