06 November 2015

Fittriah

Jari kaki Fittriah masih dalam proses pemulihan. Lukanya dah semakin kering, cuma mungkin ambil masa juga untuk kulit dan kuku baru tumbuh. Saya sapu ubat yang dibeli di farmasi ke jari kaki Fittriah setiap hari dan bila di taska minta Teacher nya sapu. Fittriah dah tak mengadu sakit kaki. Tapi bila dia terlihat jari kaki, baru dia ingat dan tunjuk kakinya yang sakit.

luka masih keluar air.



luka semakin kering dan tidak berair.


Ubat kuning untuk sapu luka.
Minggu ini start jam 8.45 malam, Fittriah akan merengek, nangis-nangis nak ajak mama tidurkan dia. Jam 9 malam dia dah tidur.  Kuat merajuk sekarang, tak boleh tegur sikit. Bila tak bagi apa dia nak, dia akan baring sambil buat-buat menangis. Pagi keesokkan harinya,  jam 6.15 pagi dia dah bangun main-main dulu sebelum pergi taska.


Moga cepat sembuh Fittriah!
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails