Taman Wetland Putrajaya

Cuti hujung minggu diisi dengan aktiviti membawa anak berjalan-jalan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Sebenarnya walaupun saya telah 11 tahun bekerja di Putrajaya, tapi belum berkesempatan lagi nak melawat beberapa tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak beriadah di sekitar Putrajaya. Setakat pergi dan balik kerja sahaja. Tau-tau pagi dah sampai ofis, petang balik dah sampai rumah.

Tujuan utama datang ke sini saya nak bawa 3F ke Taman Wetland untuk ke Galeri Penghayatan Alam Sekitar. Tapi saya tak tahu pula rupanya Taman Wetland ada dua tempat. Satu Taman Wetland untuk aktiviti rekreasi air - memancing, berkayak, naik perahu, bot, basikal, dan lagi satu baru Taman Wetland yang ada galeri yang saya nak pergi tu. Sebab dah masuk taman rekreasi air, abang pun ajak pusing-pusing tasik naik perahu dondang sayang. Perlahan sahaja kelajuan perahu ini, sambil-sambil cuti mata tengok persekitaran tepi tasik Putrajaya.
Naik perahu dondang sayang.
Seterusnya kami menuju ke Taman Wetland, terus ikut papan tanda arah ke Galeri Penghayatan Alam Sekitar. Galeri ini dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6.30 petang. Tutup pada hari Isnin. Bayaran masuk adalah percuma. Sesuai untuk pendedahan kepada anak-anak tentang alam semulajadi. Terasa macam berada di Petrosains, cuma pengembaraan dalam galeri itu kita hanya berjalan kaki dan boleh tengok slide yang telah dipasang di papan-papan layar. Ada juga pantulan cahaya yang bila kita pijak cahaya itu, akan keluar rama-rama, ikan. Tak tahu nama apa.

Galeri Penghayatan Alam Semulajadi
Kemudian kami ke tingkat satu. Ada pameran lukisan alam dan beberapa lukisan 3D. Bergambar dengan 3 orang anak amatlah merumitkan. Dah sampai kat lukisan 3D tu, suh 3F berenang dengan burung flamingo dan angsa yang ada. Bagi diorang possing bebas. Ha2..dah macam ikan masuk dalam air.

The Swans yang sesat..ha2..
Ada lagi satu tingkat di bawah untuk pameran visual, tapi tak sempat nak pergi sebab kami nak ke Bangi pula untuk makan tengahari. Di ruang luar tepi galeri, ada pameran mengenai hidupan statik. Kat sini ada buaya, burung, kura-kura dan penyu yang dibuat menggunakan simen. 

Fittriah, masa awal sampai macam takut-takut sahaja bila bawa dia masuk ke galeri. Berdukung sambil buat muka confuse. Lagipun dia baru bangun tidur. Bila dah nak balik, baru nak turun dan main-main dengan akak dia.
Fittriah baru nak panas enjin.
Sebelum kami balik, singgah pula ke kolam flamingo dan kolam itik yang ada kat luar kawasan Taman Wetland ini. Ada beberapa lokasi lain yang tak sempat pergi. Lain kali nak bawa 3F datang ke sini lagi. 

Taman Botani  Putrajaya pun belum pernah sampai. Rasanya boleh masuk list untuk aktiviti keluarga minggu-minggu yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu