06 November 2015

Pes Yemeni Mendhi

Untuk kesekian kalinya, baba beli set beras dan pes untuk masak nasi arab dari kawannya di ofis.  Senang sangat guna pes ini. Hanya ikut arahan yang disediakan. Cuma kalau ikut cara saya, saya akan rebus dahulu ayam bersama dengan pes tersebut. Bila ayam dah empuk, keluarkan ayam dan masak beras pula. Setelah nasi hampir masak, masukkan ayam tadi dalam nasi.

Alhamdulillah, 3F suka sangat makan nasi arab ini. Kalau guna pes ini, selalunya saya masak 2 kali. Pes yang tak habis, saya akan simpan dalam peti ais untuk digunakan bila nak masak nasi arab masa lain pula. Beras basmathi 1kg disertakan sekali dengan pes nasi arab dan juga 1 paket kecil pewarna kuning.

Sumber : http://nasiarabexpress.com/
Nasi arab ini saya masak 3 cawan beras. Dapat satu periuk besar. Cukup untuk kami berlima, itupun ada lebih lagi dalam sepinggan penuh.

Rasmikan kuali tefal gajet terbaru saya di dapur. Senang guna kuali ini, tak melekat dan boleh tutup guna penutup kaca.




Nasi belum kering, dah ada pelanggan yang tak sabar nak makan. Fina dah berapa kali minta nak nasi arab sebab dah lapar sangat katanya. Bila nasi dah siap, Fina yang dulu ambil. Possing dengan rambut tak bersikat lepas mandi.
 

 Ini pula pelanggan kedua yang possing sambil tersenyum lebar sebab perut dah kenyang. 


Pelanggan seterusnya, tak sempat possing sebab bila perut kenyang dia dah masuk beradu dahulu.
^^^^
<><>

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails