15 August 2010

Sahur

Semalam saya tidak bersahur. Bukannya sengaja tak bangun, cuma kunci jam, tidur semula, tengok-tengok dah jam 6 pagi. Alahai..Dah la malam tadi saya terjaga tak minum air kosong. Ini kali pertama saya puasa dan tidak bersahur (sejak mula mengandung dan BF Fina). Mula-mula waktu pagi saya maintain lagi. Sapu dan kemas rumah. Buat apa yang patut. Siap dah perap ayam untuk buat ayam percik Kelantan.

Lepas je pukul 3 petang, kepala jadi pening, badan berpeluh-peluh, sekejap ok, sekejap tak ok. Dalam hati saya baca surah Al-Khautsar banyak kali doa agar saya bertahan puasa hari ini. Saya tidur dan baring je. Tak larat nak bangun. Sampai solat Asar pun saya solat sambil duduk. Nak berbuka puasa, sayang pula dah separuh hari. Bertahanlah dan tak boleh buat apa-apa kerja lain. Fina pula macam biasalah, time dia teragak nan BF, dia minta je. Saya minta abang berikan air dan makan banyak-banyak sikit agar dia tak terasa lapar.

Separuh hari tu, abang yang uruskan Fina dan sediakan makanan. Abanglah yang masakkan nasi dan sediakan juadah berbuka puasa kami. Ayam percik, abang yang bakarkan. Kuah saya tak larat nak masak. Dah plan nak buat bubur warna warni sebagai manisan berbuka puasa nanti. Itupun saya tak sempat nak buat. Saya terbaring jer hingga ke waktu berbuka. Alhamdulillah, saya selamat menjalankan ibadat puasa pada hari tersebut. Buka puasa, saya minum air kosong dan makan 3 biji kurma dahulu. Mula-mula rasa lembik lagi, lepas 20 minit barulah saya rasa badan saya segar semula.

Juadah berbuka puasa hari ini hasil dari 'air tangan' abang.

~ Nasi putih
~ Ayam/ikan bakar (tak sempat jadi ayam percik sebab saya tak buat kuahnya)
~ Sayur sawi + udang

Beli juga tau fu fa dan kuih koci.

Terima kasih abang. Lain kali saya 'jeran' dah tak bangun sahur.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails