Sabar berpuasa

Hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa. Sejak hari pertama, saya hanya sempat sampai ke rumah jam 7.15 malam. Jalan punya sesak dari susur keluar Putrajaya depan Hospital Serdang hinggalah ke Bangi. Sangkut lagi jam di Semenyih. Memang menguji tahap kesabaran. Petang-petang orang nak balik rumah cepat-cepat. Kami masih lagi dalam kereta. Singgah pula ke rumah kaklong ambil Fina. Jawabnya, memang tak sempat masak kat rumah. Pilihan lain, beli di bazar Ramadhan area rumah kaklong tuh. Abang yang beli, saya rasa letih nak berjalan. Tunggu dalam kereta dengan Fina. Balik rumah, selepas berbuka dengan kurma dan kuih, saya masak nasi dan lauk untuk dibuat sahur keesokkan harinya. Kena masak juga kan. Memang agak letih sejak hari pertama berpuasa hingga kadang-kadang rasa tergugat tahap kesabaran. Puasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, juga mengajar kita erti kesabaran. Jadi, cubalah belajar bersabar. Pesanan untuk diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu