Teringin

Menu (teringin nak makan) untuk berbuka puasa Sabtu dan Ahad ini.

Rendang ayam pencen + nasi impit
Ayam/ikan percik
Popiah goreng
Sagu gula Melaka
Lompat tikam
Tepung pelita (ini tak reti buat, beli aje lah)

Time cutilah nak masak sedap-sedap sikit, kalau hari kerja, tak sempat nak masak. Lagipun sebenarnya masak di rumah dengan 'air tangan' sendiri, lagi sedap dari membeli masakan di luar yang kita tak tau cara masakannya. Kalaulah boleh, saya ingin menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa pada bulan puasa sahaja. Bulan lain kerjalah, nanti tak dapat gaji pula.
Patutlah kita suka dan rindu masakan mak-mak kita kan. Rasa sedap semacam jer dan berselera bila makan. Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan 'air tangan ibu'. Sebelum terlupa, cerita pasal masakan ibunda, umi saya memang rajin memasak time kami pulang ke kampung. Siap menu khas (lauk tak pedas) untuk cucu-cucunya. Disebabkan air tangan umi jugalah, perut ayah saya makin bertambah saiznya dari bulan ke bulan.. Ibarat gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
Semalam adalah Hari Jadi umi saya. Walaupun umi - ibu tiri saya, tapi saya sayangkan umi bagaikan ibu sendiri. Selamat Hari Jadi Umi. Moga diberi kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat. Terima kasih menjadi sebahagian dari keluarga kami.


Umi-Fina-Ayah

Saya sangat sayangkan mereka:)

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..