Pagi ini
Petang semalam saya dan Fina sampai ke rumah jam 5.15 petang. Mengikut target sebab jalan tak sesak sangat. Suko hati den:)
Pagi ini, tempuh kesesakan kat depan simpang Bangi hinggalah susur masuk ke Putrajaya selepas Hospital Serdang. Kalau dah sesak begini, memang ada lah apa-apa yang berlaku kat jalan depan tu.
Bulan puasa adalah bulan beralihnya hobi baru saya dengan menangkap gambar kenderaan ketika sesak. Dah kereta slow, bolehlah tangkap gambar dengan selamat. Tersangkut yang bergerak tak apa, jangan tersangkut yang tak gerak langsung. Memang letih. Tapi tak sempat tangkap gambar accident yang menjadi penyebab utama jalan sesak pagi tadi. Betul-betul accident kat depan susur masuk ke Putrajaya. 3 buah kereta langgar berderet, mungkin sebab tak sempat break.
Dalam kesesakan saya tersengih-sengih dengar berita dalam radio Cuepacs Minta Bonus 2 Bulan untuk orang gomen. Berani dan selambanya meminta bonus dengan PM. Bagus-bagus, siapa lagi yang layak mintak kalau bukan dengan saluran Cuepacs sebagai perantaranya kan. Kalau tak dapat bagi 2 bulan gaji pun, bagilah apa yang termampu. Asalkan merasa duit rayo tahun ini.
Lepas itu, terdengar pula khabar berita Ally Iskandar putus tunang. Tak apa, belum nikah lagi. Statusnya lebih selamat daripada setelah berumah tangga dan bercerai berai. Mungkin tiada jodoh atau itu bukannya pasangan yang ditakdirkan untuk En Ally kita. Teruskan mencari. Eh, dah jadi penasihat tak berbayar pula.
Ini gambar buah hati saya pagi tadi yang tak tidur pun dalam kereta. Duk sit depan main gunting-gunting tisu. Melayan mama nya berborak. Paling best bila saya marah orang dalam kereta, dia pun ikut sama. Orang perempuan, kalau pegang stereng, secara automatik mulut ngomel kalau ada pemandu lain yang makan jalan kita. Mentang-mentang kita orang perempuan, kadang-kadang selamba je nak potong dan cucuk secara tak berhemah. Tapi kalau dah ada anak yang duk sebelah, baik nyanyi lagu sama-sama daripada terkeluar perkataan yang tidak sesuai untuk anak kita dengari.
Salam 5 Ramadhan. Moga amalan kita diberkati oleh-Nya.
Salam 5 Ramadhan. Moga amalan kita diberkati oleh-Nya.
Comments
Post a Comment