Minggu ke 19

Minggu 19
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Tahun lepas saya puasa penuh kerana masih menyusukan Fina. Tahun ini harap-harap puasa penuh juga semasa mengandung. Cuma saya amalkan pengambilan kurma dan air horliks campur oat dan nestum setiap hari. Selainnya makanan macam biasa, nasi dan lauk, serta lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin Salindah saya masih ambil setiap hari, pagi dan malam.
Kerja di pejabat, jika dibandingkan dengan orang yang bekerja dalam panas terik, apalah sangat kan. Yang penting keikhlasan dan kesihatan tubuh badan yang patut diutamakan dalam menjalani ibadat puasa. Cuma jika ada kemudaratan terhadap kandungan dan diri sendiri, dibolehkan berbuka puasa mengikut syariat yang telah ditetapkan di dalam agama Islam. Ibadat itu bukanlah untuk menyusahkan kita, tetapi memudahkan kita sekiranya kita mendalami dan memahami kelebihan setiap ibadat yang diwajibkan. Selamat berpuasa buat ibu-ibu yang sedang mengandung. Moga diberi kita kekuatan untuk meneruskan ibadat puasa tanpa halangan-halangan yang tidak mampu kita atasi.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..