Kenduri
Sempena menyambut Ramadhan, Sabtu lepas ayah dan umi saya mengadakan kenduri di kampung. Turut diadakan majlis tahlil untuk ahli keluarga kami yang telah pergi. Al-Fatihah untuk arwah mak. Ayah dengan umi buat majlis makan tengahari. Hujan turun lebat semasa bacaan tahlil diadakan.
Tak sempat nak tangkap gambar banyak. Sibuk nak menolong apa yang patut. Cerita lebih lanjut di blog kaklong. Gambarnya pun lebih kurang sama sebab Kak Reen anak buah sulung yang tolong ambilkan gambar.
Lauk pauk yang disediakan secara gotong royong dengan jiran-jiran. Menunya bertukar dari menu asal sebab ikut 'citarasa' ayahanda. Umi layan....
Tak banyak lebih makanan yang tinggal, dah dibungkus untuk bekalan jiran-jiran dan sedara mara yang datang.
dan gambar pipi gemuks saya dengan kakak ipar tersayang. Gambar tangkap sendiri, tak sempat nak possing comel2:) Tuan rumah busy la katakan.
Duduk kampung 2 hari makan jer..Berselera pula bila tengok makanan-makanan yang ada. Terlepas hajat nak makan lauk pengantin~ hati lembu masak kicap. TQ Umi.
Lepas makan lauk kenduri, makan pula buah-buahan tempatan.
Durian-rambutan-manggis.
Selesai semuanya lepas Zohor dan acara mengemas pula.
cehhh...kau buh yo gambar comot kaklong tu dik....errrrkkk!!!kehkehkehekh
ReplyDelete