05 August 2011

Cuti

Malam ini saya sekeluarga akan pulang ke Setiu, Terengganu. Mudahan perjalanan kami selamat. Tak target pun sampai jam berapa. Terpulang pada driver punya ketahanan dari mengantuk dan juga berapa perhentian yang akan kami singgah untuk makan, ke tandas dan sebagainya. Yang penting tiba ke kampung dengan selamat. Saya, peneman yang sering tidur kalau balik ke Terengganu. Bila sedar-sedar hari dah terang. Cuma bila sesekali tersedar, saya akan tanya abang samaada dia masih bertahan atau tidak. Yelah, malang tidak berbau kan. Dalam kita berhati-hati di jalan raya, kalau pihak lain yang cuai, kita juga yang akan terima tempiasnya.

Fina malam tadi dah nyanyi lagu Balik Kampung...la..la..la...Dia tengok dalam tv masa iklan lagu caller ringtone raya. Kelakar pula bila dengar dia nyanyi.

Blog saya tidak bersiaran selama seminggu. Berukband sudah lama tidak dilanggan. Selamat menjalani ibadah puasa. Doakan kami selamat pergi dan balik.

2 comments:

  1. Salam Kak Az,

    Selamat bercuti di kampung halaman si suami.
    Semoga sentiasa selamat dalam perjalanan dan selamat pergi dan kembali....

    ReplyDelete
  2. semoga anak mama tak meragam!
    amokkkkk..!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails