18 August 2011

Juadah

Ini antara kuih muih juadah berbuka puasa di Terengganu tempoh hari.
Ada yang mak mertua saya buat dan ada yang dibeli.

Pulut durian ~ hari pertama abang dah request kat mak buat pulut durian. Teringin benar abang nak makan. Pulut dikukus, santan mentah dan makan dengan durian. Boleh juga durian tersebut dimasak dengan santan, kuahnya makan dengan pulut. Kat sini panggil santan durian rasanya.
 Netbat ~ kuih ni rasanya macam bahulu tapi sira dengan air gula. Bagi saya kuih ini manis sangat. Memang meresap air gula hingga ke dalam kuih.
 Onde-onde ~ salah satu kuih tradisional kegemaran baba Fina. Guna tepung pulut, air daun pandan dan gula yang dipanggil nise'. Kat sini guna gula melaka pun boleh. Lepas tu salut dengan kelapa yang sesuai untuk buat kuih. Jangan guna kelapa tua pula. Tak cukup 'lemak' rasanya nanti.
 Ketupat palas ~ menu wajib kalau berhari raya di Terengganu. Kalau kat sini kita makan dengan serunding atau rendang. Kat kampung abang, makan gitu aje. Mak mertua saya pakar dalam menyediakan ketupat palas. Tapai dan nasi dagang antara menu favourite kalau balik berhari raya ke sana.
Cempedak goreng ~ kat sini kalau tak ada musim, memang susah nak dapat. Harga pun boleh tahan mahal. 4-5 biji RM2.00. Kalau kat kampung, cempedak selalu berbuah. Bila-bila masa boleh dapat, terutamanya area Sungai Bari dan Sungai Tong memang ramai yang jual cempedak di tepi-tepi jalan. Goreng makan panas-panas. Memang sedap.

akhir sekali, ulam yang mendapat tempat teratas di hati baba Fina.

Petai fresh ~ ambil dari kebun ayah mertua. Untuk bersahur dan berbuka puasa. Tapi saya tak pandai makan petai. Entah, dari kecil tak pernah makan petai. Tak terasa pun nak cuba. Bagi penggemarnya, memang sanggup beli petai yang dijual dengan harga yang semakin tinggi di pasaran.
Cicah dengan budu makan dengan nasi panas.Terbuka selera. Saya, mampu tengok je lah. Tak terliur pun.

1 comment:

  1. Assalamaualaikum dek
    Akak minta izin copy gambar ketupat ..nampak sedap jer.

    https://www.facebook.com/pages/Periuk-Ajaib-Noxxa/177227912323585

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails