03 August 2011

Pemeriksaan Antenatal ke3 dan hari ke2 puasa

Semalam checkup kandungan yang masuk 19 minggu. Timbang berat, tekanan darah dan air kencing. Tak ada ujian darah sebab puasa agaknya. Nurse ukur diameter perut. Dibuatnya ultrasound untuk dengar jantung baby. Tapi cari tak jumpa, sampai naik senak perut acik ni ditekannya dengan alat tuh..Alhamdulillah, kesihatan saya dan baby dalam keadaan baik. Tiada masalah-masalah yang kronik. Minta dijauhkan lah.
Hampir 2 jam jugalah menunggu giliran. Kesian peneman setia saya yang menunggu di luar. Mula-mula nak pergi seorang, tapi Baba Fina nak tolong hantarkan. Fina sibuk bermain, lari sana sini, bila terhantuk kepala kat kerusi luar, meraung satu klinik tu dengar. Saya balik ke rumah dekat-dekat pukul 5. Keletihan, tidur kejap sampai 5.30 petang.  Bila dah agak-agak hilang letih, start jadi chef kat dapur.

Menu semalam ~ Sup pasta, sawi goreng, asam pedas ikan kembung dan ikan masin goreng.  Pencuci mulut yang dibeli ~ tembikai, apam dan agar-agar.
Untuk Fina, babanya beli laksam sebungkus. Habis licin dimakannya. Tinggal kuah jer..hi2..

Baru 2 hari berjaya mencapai azam untuk memasak sepenuhnya di bulan ramadhan. Memang ada satu  kepuasan dihati bila dapat memasak sendiri di bulan yang mulia. Dan para isteri dan ibu-ibu, jangan lupa untuk berdoa ketika masuk waktu berbuka puasa, masa tersebut adalah masa mustajab untuk kita panjatkan doa kepada Allah SWT.  Takdelah doa yang panjang-panjang, contohnya doa-doa yang ringkas seperti diberi kebahagian keluarga, moga anak yang makan masakan kita jadi anak yang soleh, suami bertambah sayang dengan isteri, diberi keberkatan dalam hidup dan dimurahkan rezeki. Doa-doa yang simple dan diniatkan dalam hati, mana tau, insyaallah, salah satu doa kita tersebut dimakbulkan. Sekadar perkongsian ilmu yang saya dengar dari ceramah sebelum puasa haritu. Tapi masa-masa kemuncak nilah kita insan yang paling sibuk, mana nak hidang makanan, nak sediakan air lah, anak merengek dan macam-macam ada.. Kira sambil-sambil buat kerja tu, dengar azan kita terus doa dalam hati. Pastu boleh layan cerita drama Kasih Alia kat TV3. hi2..

Salam Ramadhan untuk semua. Dah masuk 3 hari rupanya kita berpuasa. Moga diterima segala amalan kita di bulan mulia ini. Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails