Kampung Sungai Bari

Salam 17 Ramadhan.

Patutlah jalan raya lengang pagi ini. Tak teringat pun yang Negeri Selangor cuti Nuzul Al-Quran. Bersungguh lah saya keluar seawal 6.30 pagi. Ada 7 hari lagi hari bekerja sebelum cuti raya, selepas itu keluar pergi kerja tak lah awal macam bulan Ramadhan.
Alhamdulillah, saya sekeluarga telah selamat pergi dan balik kampung abang di Kg Sungai Bari, Setiu, Terengganu. Dalam perjalanan balik ke Terengganu, kami singgah sekejap di Kuantan untuk ambil adik ipar yang bekerja di sana. Lepas bersahur, kami gerak semula ke kampung. Sampai lebih kurang jam 10 pagi hari Sabtunya.
  
Balik kampung di bulan puasa, tak berjalan ke mana-mana tempat tertentu. Jalan dekat-dekat sahaja. Tapi seronok berbuka puasa dengan keluarga mertua. Merasai masakan mak mertua dan membeli kuih muih/makanan orang pantai Timur yang susah ditemui di sini. Sempat juga kami pergi menziarahi anak buah yang belajar di Kampus UITM Chendering.  

Kak Nadia, belajar rajin-rajin ye:)
Hari Rabu nya ke Bandar Terengganu untuk menghantar adik ipar menaiki bas balik ke Kuantan. Singgah pula ke Pasar Payang membeli pesanan kawan-kawan. Tak rasa nak shopping sangat sebab bulan puasa. Keropok lekor pun tak ramai yang berniaga. Asyik balik kampung beli keropok jer, kali ini saya beli serunding daging untuk dibawa balik ke Semenyih.
Fina dan nenek di Stesen bas Terengganu.
Berkesempatan singgah ke pasar Batu Enam di Terengganu. Kali ini rambang mata tengok juadah berbuka puasa yang banyak dijual. Banyak pilihan dan harganya memang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan tempat kita di sini. Kuih RM1 - 4 biji. Paling mahal RM2 sebungkus. Macam-macam kuih, acar, kerabu, dan lain-lain. Kos di kampung jauh lebih murah. Sampai saya fikir, boleh untung ke bisnes mereka.

5 hari di kampung abang, Rabu malam kami bergerak balik ke Semenyih. Sampai Khamis pagi memandangkan hari Jumaat abang dah mula bekerja. Insyaallah, kami akan pulang pada Hari Raya Haji tahun ini.

Giliran balik ke kampung dari sejak awal kahwin, kalau raya di sini, sambut puasa di sana, dan Raya Haji di sana. Begitulah sebaliknya. Rasa lagi senang ikut giliran begini, adil dan sepakat. Jangan raya bergaduh nak balik kampung masing-masing, tak elok tau! Pakatlah untuk keserasian keluarga sendiri.
 Ini gambar budak tak pose di kampung:) 

Comments

  1. dah dapek orang jauh..kono la begilir-gilir....huhuhu!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..