Testimoni

Testimoni setelah menggunakan SHAKLEE selama seminggu :-
Yang baiknya,
  • Penghasilan susu yang agak pekat dari biasa.
  • Purata sehari jumlah susu yang dipam ketika di ofis adalah 13-16 oz sehari. Selalunya hari Isnin saya akan dapat lebih 2-3oz dari biasa. Hari Selasa-Jumaat, jumlah lebih kurang sama sebelum mengambil Shaklee.
  • Fina kuat menyusu semasa di rumah, kejap2 'ma nen ma..nen-nen ma'. Macamtulah intonasi yang keluar dari mulut Fina. Mungkin rasa sedap kot susu saya tu. ha2..
  • Mengurangkan rasa keletihan dan kelesuan badan.

Yang 'kurang' pada saya,

  • Rasa 'terpaksa' menelan pil-pil yang saiznya besar. Rasa seksa juga bila kena makan 4 biji pil sebelum tidur. Maklumlah, saya ni bukan jenis yang suka makan ubat.
  • Menghadapi masalah pembuangan air besar. Ooh, perkara yang menakutkan saya - "najis keras". Fobia betul bab nih.
  • Warna air kencing pekat dari biasa.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan supplement SHAKLEE. Tapi saya masih belum menyesuaikan diri dalam mengambilnya. Maklumlah, baru seminggu. Setakat ini, saya ingin mencuba selama sebulan dahulu. Samaada saya akan meneruskannya atau tidak, bergantung kepada keadaan. Apa yang penting, sebagai ibu yang BF pengambilan MAKANAN SEIMBANG adalah antara perkara utama yang perlu dijaga walaupun kita mengambil supplement tambahan.

Comments

  1. Az..kalau najis keras ko boleh makan siang 2 jenis malam 2 jenis lg..air kencing kuning maknanya badan ko kurang air..so,ko kene minum air masak banyak..harap membantu..hehe..

    ReplyDelete
  2. hasmah: ok mah, thaks 4 advise.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..