Belajar melalui pengalaman

Kali ini saya ingin mengimbas pengalaman semasa mula-mula BF. Semasa mengandung, saya tidak pernah menghadiri kelas Penyusuan Susu Ibu mahupun rajin membaca artikel berkaitan kepentingan BF. Semuanya saya pelajari selepas melahirkan Fina. Alhamdulillah, saya tidak terlambat untuk belajar ketika itu. Masih saya teringat 3-4 hari selepas bersalin, saya rasa susu saya tiada. Ye lah, tak rasa pun B penuh. Rasa risau Fina tak kenyang sebab susu saya keluar sikit. Nasib baik tak beli susu formula. Kalau tidak, mesti timbul kekesalan dihati hingga kini.
Selepas saya belajar ilmu BF barulah saya tau bahawa susu awal ibu yang dihasilkan ialah melalui kolostrum. Susu awal ini dipenuhi dengan zat dan khasiat kepada bayi. Jangan risau bila rasa susu tiada pada awal-awal kelahiran. Titisan kolostrum yang diberi kepada bayi adalah bersesuaian dengan kapasiti perut bayi yang kecil. Yang paling penting setkan minda bahawa SUSU ANDA MENCUKUPI UNTUK BAYI ANDA.
Hari kelima saya telah mula diurut oleh Makcik Ana. Orang kata bila telah diurut, urat-urat dan liang susu akan terbuka. Mungkin ada kebenarannya, selepas diurut saya rasa B saya penuh dan selalu berlaku let down bila Fina BF. Saya akui bukan mudah untuk BF bayi bila tiada ilmu. Saya menghadapi masalah yang sama dengan ibu lain. Saya pernah luka puting dan yang saya rasa amat sakit ialah bila menghadapi bengkak susu di B sebelah kiri berminggu-minggu. Selepas saya belajar, baru saya tahu masalah sebegini boleh dielakkan jika BF bayi menggunakan teknik lekapan yang betul. Pada awalnya, memang saya BF Fina dengan memasukkan puting sahaja. Mana tak luka. Sepatutnya bila BF, bayi perlu menghisap dengan betul iaitu dengan memasukkan juga bahagian aerola (kawasan hitam keliling puting). Susukan bayi dengan berselang seli antara B kanan dan kiri. Saya pula, masa mula-mula BF selalu berikan B belah kanan yang saya rasa selesa. Sebab itulah saya hadapi masalah bengkak susu B belah kiri. Sakitnya, memang tak boleh dilupakan. Saya letak kobis, tuam dengan air suam, letak ais dan macam-macam petua saya buat ketika itu. Siap dapat kiriman 'tongkat sakti' dari nenek di kampung. Akar pokok apa ntah, saya pun dah lupa.
Hingga kini, saya akui bahawa menuntut ilmu tentang BF adalah penting untuk bakal-bakal ibu. Jika telah mempunyai anak, dan tidak pernah fully BF, tetapi ingin menambah lagi, saya pasti masih belum terlambat untuk belajar. Ilmu tidak rugi untuk dicari, jika tidak belajar secara langsung mungkin kita boleh belajar melalui pengalaman masing-masing. Selamat BF dan meneruskan BF.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu