Kerja bukan alasan

Pengalaman saya mengepam di tempat kerja, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah DISIPLIN DIRI. Pastikan diri agar mengikut jadual mengepam yang konsisten pada waktu yang ditetapkan. Sebaiknya, tidak lebih dari 1-2 jam dari jadual sebenar. Sebagai contoh, kalau pagi mengepam pukul 10 pagi, esoknya janganlah pula pam pukul 12.00 tghri pula. Rutin jadual yang konsisten akan memberi signal kepada otak untuk mengeluarkan susu pada waktu-waktu tertentu. Jangan ponteng atau malas mengepam.
TENANG dan SABAR semasa mengepam susu. Pastikan suasana persekitaran adalah sesuai untuk mengepam. Apa yang saya hadapi, susu akan berkurangan bila saya mengepam dalam keadaan persekitaran yang terganggu dan dalam keadaan cemas. Kena tenangkan hati dan sabar semasa mengepam. Bayangkan wajah anak ketika mengepam juga membantu untuk melancarkan pengeluaran susu.
BERSYUKURlah dengan hasil susu yang didapati bagi setiap proses mengepam. Banyak atau sikit bukan menjadi ukuran untuk berjaya dalam BF. Setiap ibu mampu memberikan susu yang cukup kepada anak sendiri. Itulah ciptaan Allah yang tidak boleh dinafikan. Apa yang penting, ibu2 kena setkan dalam minda dan pasang niat untuk BF anak selama mana yang mampu. Moga dipermudahkan perjalanan tersebut. Ingat, bekerja bukanlah merupakan halangan besar dalam meneruskan BF anak. Buktinya, cuba tengok kepada ibu2 yang berjaya BF anak2 mereka walaupun bekerja. Mungkin dengan pengalaman yang dikongsi, sedikit sebanyak memberi ilmu dan perangsang kepada ibu2 lain.
Jadual mengepam saya (waktu ofis) :
  • Masih 3x sehari - Pagi, tengahari dan petang
  • Jumlah susu - 1 hari 12-14 oz (lebih kurang 3-4 botol)
  • Bekal Fina - 1 hari - 3 fresh dan 1 frozen - Total : 4 botol sehari (waktu siang)

Comments

  1. Az,den setuju bona ngn ko az...jgn jdkan bekerja sbg alasan xblh nk bg susu ibu.. ;)

    ReplyDelete
  2. mah, mudah-mudahan kita berjaya BF hingga 2 tahun!!samo2 la kito berjuang yo...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu