Pindah ke PS

Tak tahu nak mula dari mana. 3-4 hari ini adalah hari-hari yang sangat meletihkan saya. Kepenatan mengemas barang-barang untuk berpindah ke PS. Start Jumaat, packing barang di rumah lama sampai ke malam. Hari Sabtu pagi, hantar barang-barang ke PS. Sabtu hingga Isnin duk mengemas rumah di PS. Sampai hari ini masih ada beberapa barang yang saya simpan di bilik belakang masih belum berusik lagi. Dah tak larat nak buat sorang2. Kalau ada masa, boleh lah kemas sikit2. Lagipun barang-barang yang penting dah saya selesaikan masa cuti lepas. Barang-barang yang agak tidak digunakan, saya simpan je dulu dalam bilik belakang. Tunggulah cuti Sabtu Ahad ni, sambung kemas balik sikit2.

Sebahagian gambar barang semasa pindah.
Ade x sape2 yg kenal orang atas lori tuh. (Tgh buat iklan JGN PDG BLKG)

Saya mulakan dengan cite packing barang di rumah lama. Memang saya tidak plan untuk kemas sikit2. Rasa susah pula nak guna barang bila dah pack siap2. Semuanya saya buat pada hari Jumaat. Itupun dah 2 beg baju dan 2 kotak buku abang, kami dah hantar ke PS time lepas keja. Barang-barang yang selebihnya, saya packing habis-habisan pada hari tu juga. Rasa macam sikit je barang-barang kat rumah tu, bila packing, banyak juga jadinya. Yang besar-besar cuma almari baju, peti ais, mesin basuh, kabinet tv. Selebihnya, cuma barang-barang rumah yang lain. Kumpul punya kumpul, banyak juga barang yang hendak dipacking masuk kotak. Barang kecil2, saya masukkan dalam kereta sahaja.

Cite bab lori, nasib baik ALONG saya carikan lori UM. Upahnya pun juga amat berpatutan dan mengikut bajet sewa lori kami. Nak bayar mahal-mahal, tak mampulah. Along saya tidak beri discount pun, harga tetap! Takpe lah, dari bagi kat orang lain upahnya, baik bagi kat abang sendiri. Sekurang-kurangnya, boleh juga guna duit tu untuk keluarga. Maklumlah, gaji gomen lambat bulan nih. Tapi yang bestnya, harga lori termasuk dengan pakej angkat barang dan sarapan pagi & makan tengahari yang disediakan oleh CHEF ZAI. Mana nak dapat kat tempat lain kan. Apepun, terima kasih kepada ALONG & KAKLONG yang sudi membantu.

Lebih kurang pukul 8.30pagi lepas mengisi perut dengan Nasi Lemak Zai, start angkat-angkat barang ke lori. Abang cakap kalau nak bawa turun tangga lebih senang dari bawa barang naik tangga. Bagi saya, tak de beza pun. Dah naik turun tangga namanya, letih juga kan. Rumah saya di Kajang rumah flat 5 tingkat. Manalah ada lif. Jenuh juga nak angkut barang bila berpindah. Nasib baik rumah kami kat hujung sekali, tepi tangga.

Fina, saya letakkan di rumah kaklong. Dah siap-siap mandi dah. Pukul 10 Fina tidur dalam buai. Saya tinggalkan Fina dan bawa Haziq & Kak Ya sekali. Kira-kira pukul 11 pagi, selesai bawa turun barang dari lori. Buka suis lampu & kipas, tak menyala pula. Tak de elektrik pula rumah tu. Punyalah panas. Nak tak nak, settle ape yang patut dulu. Abang minta wireman yang wiring rumah dulu untuk tolong tengok. Lebih kurang dah pukul 12 tgh saya ke rumah kaklong untuk ambil Fina. Fina masih tidur dalam buai masa saya datang. Sempena nak berpindah ni, Fina duk langgar meja kat rumah kaklong sampai lebam ditepi pipi dan bawah mata. Nak jadikan kenangan lah tuh. Siap-siap mandi, makan dan rehat , Petang ke PS balik untuk mengemas rumah. Kesian kat Fina berpeluh2 panas kat rumah, saya dan kak yien ke TESCO Semenyih pula untuk cari sikit barang-barang rumah. Dekat je TESCO, 5 minit je dari rumah saya.

Lepas settle kemas barang sikit2, mandi dan gerak ke Kajang semula untuk hantar Kak Yien. Kene tidur rumah lama malam tu sebab tak de elektrik lagi. Wireman tak dapat datang, ada hal lain. Dia datang hari Ahad. Kami ke Bangi pula untuk makan malam. Balik ke rumah lebih kurang pukul 10 malam dan tidur. Esok plan ke PS semula.

Comments

  1. az...aku yg penat tgk barang2 ko ni az..huhuhuu..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..