Rutin baru

Rutin harian saya telah berubah sejak duduk di PS. Saya masih sesuaikan diri dengan jadual baru. Mulai minggu ini saya dan abang berulang alik dari Semenyih ke Putrajaya (rasa2 sampai ke pencen nih).
Jadual harian saya - Isnin hingga Jumaat [waktu bekerja] :
  • 6 pagi - Bangun siap2 pergi kerja.
  • 6.35-6.40 pagi - Bertolak dari rumah ke Kajang Utama untuk hantar Fina ke rumah kaklong. Time ni Fina akan BF dulu dalam kereta. Kadang-kadang Fina tidur, kadang-kadang dah bangun masa dalam kereta. Mendaki tangga ke tingkat 3 dengan membawa Fina yang seberat 10kg hari2, dah macam senaman harian saya sekarang.
  • 7.40 atau sebelum pkl 8 pg - Sampai ofis.
  • 8 pagi - 5 petang - Ofis hour.
  • 5.20 petang - Habis keje, tunggu abang jemput. Singgah ke rumah kaklong ambil Fina.
  • 6.55 petang atau 7 lebih - Sampai rumah.
  • Malam, lepas Magrib baru start masak untuk diner. Rehat-rehat kejap, pukul 10 lebih, masuk tidur.

Perubahan dari rutin lama ialah saya kene keluar rumah awal 20 minit dari waktu biasa. Kalau lewat, takut tak sempat datang ofis sebelum pukul 8 pagi. Satu lagi masalah, kalau lewat keluar rumah, jalan jamme. Fina pula, kalau dulu 1 minit je sampai rumah kaklong, sekarang kene naik kereta dulu baru sampai. Pagi tadi siap nak pakai kasut dalam kereta dulu. Ingat mama & baba nak bawa berjalan agaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu