Ganjaran

Mendengar khabar kawan-kawan di FB, ramai yang telah menambah 'anak'. Tahniah juga pada yang dah selamat bersalin. Kebanyakannya anak kedua. Rasanya juara setakat ini adalah sahabat karib saya. Hanim, dah nak masuk 3 anak ko nim!! Memang berbaloi ko berhenti kerja. Pada yang tengah mengandung (Hanim, Fid, Shela, Ija, Mai) Selamat menjalani 40 minggu yang indah. Melahirkan seorang mujahid kecil ke dunia bukanlah suatu perkara yang mudah. Jangan sesekali mengeluh kerana 'kesakitan dan kesusahan' yang dihadapi semasa proses ini dijanjikan dengan ganjaran setimpal oleh-Nya.
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Setelah mendapat ganjaran dari perit mengandung dan bersalin, mari kita tambah pahala dengan memberikan hak anak iaitu SUSU IBU.

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu ibu) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Bukankah setiap 'kesakitan' dan 'keperitan' yang dihadapi oleh wanita, dijanjikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Beruntung sungguh saya dipilih menjadi seorang insan yang bergelar IBU.

Comments

  1. az.. aku kira2 kan.. kawan2 kita adela dlm 10 org yg bersalin n preggy tahun nie (statistik bln 3 nie).. bln dpn mane tau ade yg mengikut..
    ape2pun alhamdulillah..
    1) ain (deliver 3/3)
    2) nona (deliver 6/3)
    3) noly (deliver 12/3)
    4) hanim
    5) shela
    6) emma
    7) mimi
    8) aku sendirik
    9) fid
    10) ija

    tula aku ingt bby no 2 ni aku nk bf gak.. tp kan az, kalo aku antar anak aku kat nursery opis aku ni kan, perlu ke aku mengepam simpan stok? sbab ape opis ngan nursery tu dekat je, bawah pejabat aku.. ape pndapat ko? setiap 2 - 3 jam sekali aku leh turun bawah bagi susu..

    ReplyDelete
  2. mai : ramai betul member kita yg dpt org baru kan! seronok dgr! bagus ko, dari awal2 dah psg niat nak BF baby. ttg soalan ko tu, bagi alamat email mai, nanti aku reply.

    ReplyDelete
  3. tula kan, sonok betul.. tahun nie mriah la.. anak buah btambah ramai..

    az, nie email aku
    mainano0205@yahoo.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu