1 tahun 2 bulan

Bila cakap "Tatik" @ cantik ~ Fina akan buat aksi ini.

Bulan ini umur Fina genap 1 tahun 2 bulan. Semalam saya ke Klinik Kesihatan Kajang untuk hadir temujanji pemeriksaan kesihatan Fina. Kalau dah pergi tu, memang kene tunggu 2-3 jam baru boleh selesai. Nasib baik saya dan abang bercuti. Fina sekarang beratnya 10kg. Naik 200 gram dari last check up. Ingatkan ada kurang sikit berat, rupanya tetap maintain macam dulu. Eloklah, kalau turun banyak, risau pula saya. Takut tak cukup zat. Bila nurse tanya minum susu apa, saya jawab susu ibu. Tak bekerja ke? Kerja. Syukur Alhamdulillah, saya boleh meneruskan perjalanan BF ke bulan seterusnya dengan begitu lancar sekali. Moga dipermudahkan perjalanan berikutnya. Saya tanya nurse, anak saya belum tumbuh gigi lagi. Normal ke tak? Bila nurse tanya doktor di bilik bersebelahan, disuruhnya refer ke Doktor gigi. Tak dapat nak jawab kot. Katanya, belum ada lagi dia jumpa baby 1 tahun lebih tak tumbuh gigi lagi. Ish2, ye ke. Tapi saya rasa Fina sangat comel walau tak de gigi. Kalau orang tua tak de gigi, bayangkanlah macammana. Tak tau lah bila Fina nak tumbuh gigi. Tunggu pandai bercakap dulu agaknya. Nakkan sebuah jawapan pasti, saya pun ke Klinik Gigi di bahagian atas. Bila ditanya nak jumpa Doktor Gigi, petugas di situ minta datang hari Jumaat. Baru ada Doktor Gigi untuk kanak-kanak. Tak kose la saya nak datang hari Jumaat. Tak rela menunggu lagi. Biarlah gusi Fina tu clear, lambat laun tumbuhlah gigi tu. Kot tak tumbuh gak, saya tempah gigi palsu je. Semalam juga, nurse beri ubat cacing untuk diberi sebanyak 5ml sebelum tidur. Saya tak bagi lagi, tunggu Fina baik dari selsema baru bagi.

Lain-lain perkembangan ialah :-

  • Fina semakin aktif berjalan, memanjat dan bermain2.
  • Makan nak suap sendiri.
  • Kalau dah haus sangat, minta untuk BF kan dia. Tak kiralah, time tengah jalan2 kat Tesco pun dia mintak.
  • Dah pandai minta dibelikan mainan.
  • Suka main beg duit saya. Mata duitan gak nih ye.
  • Dah faham arahan ringkas.
  • Sangat suka main air, mandi 2-3x pun tak pe.
  • Masih kuat berpeluh, time tidur basah rambut dengan peluh.
  • Dah pandai sedut air kotak guna straw.
  • Suka bila nak dibawa berjalan.

Comments

  1. amat comel kan dak Fina nie.. bertuahnyer dapat fully bf.. sihat pulak tu fina.. x per la.. mungkin lambat sikit tumbuhnye tu.. Nanti tumbuh la kan!..

    ReplyDelete
  2. Ena : dihati setiap ibu, anak sendiri yg paling comel kan.tu lah, hrp2 tak tunggu setahun lagi baru tumbuh gigi fina. ha2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..