Pumping & Fina @ ofis

Hasil mengepam pukul 11 pagi tadi lebih banyak dari biasa. Selalunya, sesi pagi saya dapat 6 oz sahaja, tetapi hari ini saya dapat lebih kurang 9 oz. Mungkin susu banyak sedikit sebab semalam saya makan nasi berulamkan jantung pisang rebus. Jantung pisang salah satu makanan yang boleh menambahkan susu badan. Pagi tadi pula saya sarapan milo+oat+nestum madu. Lagilah meriah hasilnya hari ini. Alhamdulillah. Rezeki Fina.

Dah lama tak dapat hasil begini.

Semalam waktu rehat, saya dan abang uruskan penyerahan kunci rumah di Kajang. Dah ada orang sewa rumah tu. Harap-harap kami dapat penyewa yang ok. Alang-alang dah ke Kajang, saya bawa Fina datang ofis. Lagipun bos saya bercuti. Fina macambiasalah, kadang-kadang OK, kadang-kadang KO. Rasanya Fina mengantuk sangat, tu yang ikut suka dia nak mengamuk. Punyalah kuat menangis. Memang tak sesuai bawa Fina ke ofis. Kalau jalan-jalan ke pasaraya tu, mungkin Fina dah biasa dan tak buat hal. Saya minta abang datang jemput cepat-cepat lepas pukul 5 petang. Baru je masuk kereta, tak sampai 3 minit, Fina dah tidur. Mengantuk sangatlah tu. Kali ini merupakan kali kedua saya bawa Fina ke ofis. Kali pertama masa Fina 5 bulan. Masa tu saya masih di ofis lama di C3. Lain kali mama tak nak bawa Fina pi ofis lagi lah..


Fina kat ofis mama

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu