EBM Isnin-Jumaat


Bagaimana saya menguruskan bekalan EBM Fina Isnin hingga Jumaat.

Kalau dulu rumah saya dengan rumah kaklong aka pengasuh Fina, selang beberapa pintu sahaja. Pagi-pagi saya akan bekalkan Fina 3 botol susu fresh dan 1 frozen. Bawa dari rumah sahaja. Sejak dah berpindah ke PS ni, kalau hari Isnin saya akan bawa 4 stok susu (2 yg dipam pada hari Jumaat dan 2 stok frozen). Seperti n3 sebelum ini, sejak Fina berusia setahun saya tidak mengepam lagi ketika cuti. Saya gunakan stok yang dipam pada hari Jumaat ketika di ofis sahaja. Itu untuk permulaan minggu, hari Isnin. Bila habis keja Isnin, petang ketika mengambil Fina saya akan tinggalkan 3 botol susu fresh yg saya pam ketika di ofis dan letakkan dalam peti ais rumah kaklong. Lagi 1 bekalan frozen, akan saya bawa pada hari berikutnya. Begitulah rutin harian pengurusan EBM saya sejak berpindah ke PS.

Bila pula masanya saya membuat stok frozen EBM? Stok frozen EBM Fina setakat ini masih mencukupi sebagai bekalan harian Fina ketika saya bekerja. Selalunya saya akan simpan stok EBM sebanyak 3-4 botol seminggu. Mengikut jumlah susu yang dipam ketika di ofis. Kalau 1 hari dapat 4 botol susu, 3 botol untuk bekalan Fina, dan lagi 1 botol akan saya simpan sebagai stok frozen EBM. Hari Jumaat pula, saya akan simpan 2 botol sebagai stok frozen EBM manakala lagi 2 botol sebagai bekalan susu Fina untuk hari Isnin. Begitulah seterusnya. Setakat ini, stok frozen EBM yang tinggal adalah dari bulan Januari, Februari dan Mac.

Memang pada awalnya kita akan merasa sukar untuk menguruskan EBM. Tetapi bila dah menjadi rutin harian, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang membebankan. Cuma perlu mengikut kesesuaian dan cara masing-masing.Lain orang, lain caranya. Yang penting kita tahu asas-asas penyimpanan, pengendalian dan pengurusan susu ibu.


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu