Demam malam

Semalam, sepatutnya kami pulang ke Kampung di Melaka untuk meraikan Majlis Perkahwinan sepupu saya. Tapi terpaksa kami batalkan kerana malam Ahad Fina demam panas. Sejak Jumaat badan Fina sekejap panas, sekejap ok. Saya dah bagi ubat demam, tapi kebah kejap-kejap je demamnya. Bila malam mula suhu badan Fina naik. Ahad pagi bawa Fina ke Klinik Dinamik di Taman Pelangi Semenyih. Doktor bagi ubat demam sahaja. Suhu dan paru-paru doktor cakap normal. Fina, bila jumpa doktor terus elok pula. Bila kat rumah bukan main demamnya. Petang semalam saya nampak ada ulser pula ditepi bibir bawah Fina. Mungkin panas dalam agaknya. Patutlah kurang BF. Kalau tak, pantang saya baring mesti minta nen. Malam tadi Fina terjaga menangis. Tidur dalam buai semalaman. Kalau demam, Fina tak nak tidur bawah. Mesti nak berbuai. Saya letakkan tuala basah dan cool fever kat kepala Fina. Harap-harap harini Fina ok sikit.

Comments

  1. Semoga Fina sihat kembali.. Arwa skang pun tgh demam..tp alhamdulillah dah kebah. RAsanya demam mlm ni ada sebab dia kan...cuba tya doktor..saya dah lupa

    ReplyDelete
  2. TQ! smlm jmpa doktor, tak taya pula apa sbb dmam malam.a/way, tq 4 info. nanti nak try cari kat google.

    ReplyDelete
  3. ala kesiannya ...

    demam mlm ni virus ..
    anak2 nieza baru elok ...

    ReplyDelete
  4. nieza : rasa last Fina demam bulan lepas, bulan ni demam lagi. makin kerap pula demamnya. virus mcm2 sekrg.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu