Shaklee Trial Pack

Minggu ini genap 3 minggu saya duduk di PS. Isnin hingga Jumaat, balik dari pejabat saya rasa keletihan dan mengantuk sangat. Kadang-kadang tertidur dalam kereta sebelum singgah ambil Fina. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab masa perjalanan yang bertambah dan perlu membuat beberapa kerja rumah yang masih belum selesai sampai ke hari ini. Rumah baru saya masih belum siap dikemas sepenuhnya. Macam tak cukup masa nak mengemas. Bila sampai rumah, dah lewat petang. Dekat-dekat Magrib baru sampai, mana nak masak lagi, nak kemas lagi, nak layan Fina lagi. Atas sebab keletihan yang agak ketara ini, dan niat dihati ingin mencuba supplement saya mengambil keputusan membeli TRIAL PACK SHAKLEE set B untuk ibu yang menyusu. Saya order dari Hasmah. Mungkin ramai ibu-ibu yang telah mencuba produk Shaklee ini. Saya, baru pertama kali ingin mencuba supplement setelah BF Fina setahun. Mana tau, kalau-kalau serasi dengan badan saya. Di samping ingin mantainkan susu, saya juga berharap supplement Shaklee ini dapat memberi kebaikan terhadap tubuh badan saya. Pada fikiran saya, apa salahnya jika duit yang saya jimat dengan tidak membeli susu formula digunakan untuk membeli supplement. Faedahnya untuk Fina dan diri saya juga. Malam ini saya akan mula mengambil Shaklee. Nanti saya kongsikan testimoni selepas pengambilan Shaklee ini. Mudah-mudahan serasi dengan badan saya.

Trial Pack B: Lebih tertumpu kepada ibu yang menyusukan anak.
Set ini mengandungi multivitamin/vitalea, B Complex, vitamin C dan Alfalfa.

Besar juga saiz tablet ni, mcmanalah saya nak telan malam ni ye..

Comments

  1. mudah-mudahan mah...kalau serasi, order kat ko je tiap bulan eh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..