Ijabkabul

Pada 10 Mac 2007, tarikh saya diijabkabulkan. Dengan 2x lafaz, saya sah menjadi isteri kepada insan bernama Azhar. Titisan air mata kegembiraan membasahi pipi saya. Teringat kepada arwah mak yang tidak dapat meraikan hari bersejarah saya. Timbul juga kesedihan bila terkenangkan pada hari tersebut telah berakhirnya tanggungjawab ayah menjaga saya sehingga besar. Saya melangkah ke alam baru iaitu alam rumah tangga.

Sungguh saya bersyukur diberi peluang menjadi seorang isteri. Saya masih belajar dan berusaha menjadi seorang isteri & ibu yang sempurna. Terima kasih abang kerana sudi menjadi sebahagiaan dari hidup saya. Hidup saya cukup bermakna dengan kehadiran abang dan Fina sebagai tanda cinta kita. Maaf dipinta andai sepanjang tempoh 3 tahun usia perkahwinan kita, saya telah mengguriskan hati abang. Halalkan juga segala yang abang telah berikan kepada saya. Moga kebahagiaan akan terus menjadi milik kita.

**********************************

YA ALLAH, SEANDAINYA TELAH ENGKAU CATATKAN AZHAR ITU MILIKKU, TERCIPTA BUATKU,MAKA KAU SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU, TITIPKANLAH KEMESRAAN DI ANTARA KAMI, AGAR KEBAHAGIAAN ITU KEKAL ABADI.

TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG,

SEIRINGKANLAH LANGKAH KAMI MENGEMUDIKAN BAHTERA RUMAHTANGGA, MOGA KAMI BERJAYA MENDIDIK ANAK KAMI, MOGA HIDUP KAMI DIRAHMATI DAN SEMOGA JODOH KAMI BERKEKALAN BUAT SELAMA-LAMANYA.

AMIN RA RABBAL ALAMIN


**************************

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu