Ahad di PS

Hari Ahad pula, pagi-pagi kami ke PS semula untuk mengemas barang-barang. Setelah bersarapan, saya buat kerja apa yang patut. Mula-mula kemas dapur dan ruang tamu. Sebelah petang baru kemas bilik atas. Elektrik tidak dapat diperbaiki lagi. Wireman datang pada pagi tu, masih tidak dapat cari punca sebenar kenapa aliran elektrik di rumah kami terputus. Janji petang nak datang bawak barang-barang kelengkapan yang lain. Nasib baik tak panas sangat rumah, cuma saya kesiankan Fina yang kuat berpeluh. Bila nak tidur, saya letakkan buaian dekat dengan pintu masuk rumah. Biar kena angin sikit.

Dah ngantuk sangat, tidur je la.

Petang wireman datang ke rumah semula. Test macam2, masih belum boleh selesaikan masalah. Katanya mungkin power box problem, kene petir. Habis plug pun tak boleh guna. Saya malas nak balik ke rumah lama di Kajang. Lagipun barang semua dah dibawa ke rumah baru. Tidur PS je la malam tuh. Lepas Maghrib, kami keluar ke Tesco untuk cari lilin. Ingatkan nak makan malam di kedai, tapi Fina pula tertidur dalam kereta. Bungkus je makanan dan makan di rumah. Tengok dua beranak ni menjamu selera dalam kegelapan.

Fina candle light dinner with baba.

Malam tu....
Kami bertiga tak boleh tidur nyenyak. Fina 3-4 kali bangun sebab kepanasan. Baru teringat, bumi yang ditimpa peperangan di luar sana lagi teruk keadaannya jika dibandingkan dengan kita di sini. Apalah sangat jika dibandingkan dengan sedikit kesukaran yang kami hadapi.
Akhirnya, tengahari Isnin orang TNB datang. Sekejap je masalah bekalan elektrik tu dapat diselesaikan. Tukar part yang rosak di power box. Malam berikutnya, kami bertiga tidur lena di PS.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu