Taman Rama-Rama


Awal Ogos yang lepas, abang ajak kami sekeluarga berjalan ke Taman Rama-Rama Ayer Keroh, Melaka. Ini kali pertama kami ke Taman ini. Walaupun kampung saya di Melaka, tempat yang kerap kami pergi daripada saya kecil ialah Zoo Melaka ;).
Mulanya cadang nak pergi Taman Buaya, tapi kami tukar pilihan ke Taman Rama-Rama sebagai destinasi beriadah bersama keluarga kali ini.


Dalam taman ini bukan setakat terdapat rama-rama sahaja, tetapi ada juga haiwan reptilia seperti burung, iguana, buaya, ikan, ular, labah-labah, kura-kura dan beberapa spesis haiwan yang lain. Fittriah masa awal sampai dia tidur sambil didukung oleh babanya. Dah separuh jalan, baru dia bangun dan terkejut tengok haiwan. Paling dia cemas bila bawa dia masuk ke rumah rama-rama. Dalam tempat tu, rama-rama berterbangan sekeliling kawasan yang dikepung. Kita akan berjalan lalu di situ sambil rama-rama bebas bergerak. Fittriah ni hati kecik, tengok semut pun dia takut sangat.

Fina dan Fiqah yang paling happy bila dapat pergi sana. Taman ini taklah luas sangat, tapi rasa puas bila tengok haiwan yang ada di sana. Terutamanya pada family yang bawa anak-anak kecil, sangat sesuai untuk bawa mereka berjalan sambil belajar tentang haiwan. Jarak haiwan yang dipamerkan tidak jauh antara satu sama lain, jadi kurang bosan dan tak rasa penat berjalan. Kalau kat zoo, letih berjalan sebab kawasannya besar.




Banyak gambar Fina dan Fiqah sebab Fittriah masih tidur masa awal sampai. Tahun ini cadang nak bawa anak-anak bercuti, tapi mungkin pergi yang dekat-dekat sahajalah. Insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..