Tahniah Acu dan Ciksu

1 Mei 2016, adik saya Yana telah selamat bertunang - 3F panggil dia ACU. Hari sebelumnya adik ipar iaitu adik bongsu perempuan suami saya Fida pun telah selamat bertunang - 3F panggil dia CIKSU. Sorry Ciksu tak dapat balik ke Terengganu. Insyaallah cuti 31 Ogos nanti kami pulang untuk meraikan majlis pernikahan dan perkahwinan Ciksu ya. Tahniah untuk kedua-dua adik saya. Moga dipanjangkan jodoh dan selamat menempuh alam baru. 

Majlis pertunangan Yana telah diadakan di rumah mak saudara saya yang kami panggil Mektam di Melaka. Turut diadakan kenduri tahlil untuk arwah abah yang telah genap menghadap Illahi pada April yang lalu. Al-Fatihah.

Kami adik beradik membantu mana yang termampu. Saya part buat hantaran tunang. 5 dulang berbalas 3, 4 dulang saya deco - cupcakes, coklat, balang biskut, buah-buahan, yang sirih junjung tu minta tolong bapa saudara buatkan. Tema purple dan pink.
Dulang hantaran dah ada kaki, so saya hiaskan dengan bunga plastik dan kertas warna sahaja. Letak riben-riben sikit, sok nak kahwin boleh recycle semula bunga-bunga tu dan tambahkan color lain pula.

3F berpossing kat pelamin tunang Acu. Tak nampak pula hiasan penuh pelamin sebab kawasan terhad nak ambil gambar.

 Tahniah Acu dan Ciksu. Kami sayangkan Acu dan Ciksu.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu