Fittriah

Semasa balik kampung untuk Majlis Tunang Acu 3F awal bulan ini, Fittriah kena demam. Dalam tempoh demam panas satu hari, lepas tu naik bintik-bintik pada kaki, lutut, tangan dan dalam mulut dia. Yang paling sedihnya, dia tak boleh makan atau minum dan tak nak bf sebab berbelas ulser dalam mulut dia. Memang 2 hari di kampung Fittriah asyik menangis aje. Dia kuat makan, bila nak makan masuk mulut, dia rasa pedih tu yang buat dia fobia nak makan. Kempis kejap perut dia. Saya dan abang bergilir cuti untuk jaga Fittriah. Kami pergi ke Klinik di kampung dan doktor bagi ubat antibiotik, ubat demam, ubat minum untuk gatal dan ubat sapu di badan dan dalam mulut. Seharian dia tak nak makan dan asyik tidur sahaja sepanjang perjalanan dari kampung ke rumah. Bila bangun, haus sangat baru dia nak minum guna botol.

Mulut bengkak sebab penuh ulser masa kenduri tunang acu. Nak tangkap gambar pun menangis. Selepas hampir seminggu baru dia pulih sepenuhnya. Sekarang kemaruk kuat makan dan berselera. Makan nasi bertambah kalau kat rumah. Fittriah dah pandai cakap sikit-sikit. Kuat merajuk juga sekarang ;)

Owh, bintik-bintik tu dia macam berair tapi tak pecah. Kena jangkitan HFMD. Sebab kalau campak, bintik-bintik akan keluar di keseluruhan badan. Ini hanya di kawasan HFMD - kaki tangan dan mulut. Kali ini tumbuh juga bintik di bahagian lutut Fittriah. Ubat sapu untuk kulit saya sapukan hari-hari dan alhamdulillah bintik-bintik tersebut akan kering dan hilang dengan sendirinya.


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall