Baking

Sejak pindah ke Kajang, jarang saya nak baking kek. Bila sampai mood rajin balik Semenyih weekend baru jalankan projek baking. Itupun tengok kebergantungan pada stok bahan baking ada ke tak kat rumah. Sebab bahan kek ini kalau beli di Kedai yang repack semula, selalunya cepat expired. Kalau nak tahan lama sikit, beli sahaja di pasaraya jenama Nona, Star brand, Blue Keys dan sebagainya memang lambat expired. 

Bulan depan dah masuk bulan Ramadhan. Ada hati nak buat biskut raya sendiri 2 jenis ke. Nak kena angkut oven balik rumah Kajang. 

Antara projek baking yang telah diadakan beberapa bulan lalu :

Kek kukus pandan

Kek marble Coklat Chip

Cupcakes Tunang

Tetiba ada projek deco cupcakes tunang. Sebenarnya kawan saya Kak Wa yang buatkan kek ini, saya cuma deco sahaja dan ajarkan Kak Wa cara deco guna fondant. Lama dah tak deco kek, itupun demi memenuhi permintaan adik saya yang bertunang awal Mei yang lalu.

Projek baking hanya akan dijalankan untuk makan-makan sendiri, untuk sambutan besday Fina-Fiqah-Fittriah dan juga untuk majlis perkahwinan adik saya tahun depan Insyaallah. Kemalasan membaking memang tak dapat dibendung lagi :(......

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall