Shopping barang 3F

Kali pertama shopping di Lazada. Lama dah saya tinggalkan hobi shopping online sejak dah tak beli barang-barang breastfeeding untuk Fittriah. Pam pun dah simpan dalam almari ;) Seingat saya, selepas itu saya shopping online di Aqeela Muslimah dan Balqisya untuk baju.

Sumbangan duit raya yang 3F dapat tempoh hari saya gabungkan dan bahagi sama rata untuk masukkan dalam akaun Tabung Haji mereka. Selebihnya saya survey  barang-barang yang sesuai untuk aktiviti mereka bersama di rumah. Batal hasrat pertama nak beli tab bila dah baca pro  & kontranya. Jadi saya pilih 4 barang ini untuk lekatkan duit raya 3F tahun ini :

Khemah princess
1 - Khemah Princess
Khemah ini tinggi sikit jer daripada Fittriah. Fiqah letak tilam kecil sebagai alas di bawah dan susun anak patung kecil di tepi-tepi khemah. Ini tempat mereka bermain pondok-pondok ;)  3 orang sekali berbaring dalam tu sambil borak-borak. Fiqah cakap ini rumah ika. Bila hujung minggu saya suruh dia kemas rumah dia, dia akan kemas dan siap ambik penyapu nak sapu dalam rumah dia..ha2...




2. Pasir Kinetic
Set pasir ini 3F suka. Tapi rumah jadi bersepah sikitlah sebab habuk pasir tu ada bertabur kat lantai sikit-sikit bila diorang main. Saya selalu bentang tikar kecil untuk alas dulu sebelum mereka main. Pasir ini tak melekat kat tangan. Macam tanah liat tapi bila pegang tak melekat. Dalam set ini ada 2 kg pasir kinetic, kolam pasir dan aksesori lain iaitu acuan-acuan yang nak bentukkan pasir. Feeling macam main pasir tepi pantai lah kaedahnya ;)


3. Bola warna warni
Bola ini saya beli sebab ingatkan nak tabur dalam khemah princess. Tapi bila tabur memang bersepah ler jawabnya. Jadi saya masukkan dalam bakul sahaja. Bila 3F nak main baling-baling bola, diaorang ambil dan baling sesama sendiri. Bola ini ada 100pcs. Dengar jer jumlah banyak, bila dah kumpulkan dapat penuhkan anggaran satu bekas baldi sahaja.



4.Quran Electronik Learning
Yang ini bila mereka nak tidur saya akan pasang. Tutup lampu dalam bilik agar pantulan cahaya yang keluar daripada lubang bintang dan bulan itu akan nampak di atas siling. Mesin ini guna 3 bateri kecil. Selainnya ada bacaan Al Quran, bacaan doa harian, doa dalam solat dan juga lagu nasyid kanak-kanak. Cuma kekurangan produk ini kita tak boleh adjust suara. Tak ada butang untuk perlahankan suara speaker. Jadi agak kuat bunyinya bila kita pasang untuk tidurkan anak. Silap-silap tak boleh tidur pula anak-anak tu.

Penghantaran Lazada ini memang cepat. Kecuali produk yang tak ada ready stok dan pengedar yang akan pos, itu jer yang lambat dapat. Tapi semasa kita shopping online tu sistem akan paparkan tempoh penghantaran. Kalau produk daripada oversea, lebih kurang 4 minggu juga baru dapat.

Itulah permainan terbaru untuk aktiviti 3F di rumah. Selain itu kalau pergi pasar malam, DVD/CD karton salah satu minat 3F. Bulan ini asyik tengok cerita Barbie aje. 8 cerita dalam 1 DVD. Untuk satu hari saya limit 1 atau 2 cerita sahaja. Kalau tak, lewat tidur malam lah jawabnya.

Next saya nak shopping cari telekung comey untuk 3F.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu