Alahan Makan



Fiqah ~ anak kedua saya.
Semenjak dia berusia 5 tahun susah sangat nak tengok dia makan banyak. Kalau makan malam, kadang-kadang babanya suap baru dia nak makan. Kalau tak paksa, memang tak makan lah dia. Makan lauk sahaja, tak nak makan nasi. Selalu dia akan cakap, ika dah kenyang makan kat sekolah, pastu buat bunyi sendawa..burrpp. Suka makan makanan ringan- keropok ikan, sumi, gula-gula, ayam goreng. Buah kalau ada stok kat rumah dia akan makan, itupun bukan selalu mamanya beli stok buah. Anggur atau epal dia suka. Mata kucing dan rambutan pun dia suka sangat. Fiqah lah paling slim antara 2F yang lain.


Semalam baba beli durian, sebiji jer, dia dah lama tak makan durian sejak dia muntah teruk lepas makan durian time kecik. Last cuti awal bulan ini, dia ada makan aiskrim durian masa atuk beli kat kampung. Elok jer tak muntah, jadi semalam bagilah dia makan sebab kesian tengok dia terkulat jer orang lain dapat makan. Fittriah memang tak makan durian. Yang ini dia memang kuat makan nasi ;) Makan malam 2 pinggan selalunya. Fina pula dia yang paling suka makan durian. Makanlah banyak mana pun, tak ada masalah. Malamnya masa tidur, Fiqah muntah 3 kali. Habis keluar semua durian dan makanan yang dia makan petang semalam.  Memang perut Fiqah tak boleh terima durian lah. Dah cuba untuk kali kedua pun benda yang sama berlaku. Fiqah alahan terhadap durian.....Ruginya, tak dapat menikmati raja segala buah. Tapi mama memang tak nak dah bagi Fiqah makan durian lepas ini. Kesian tengok Fiqah muntah sampai keluar air jer.  Dia tak menangis dan meragam pun, itu kelebihan Fiqah sejak baby. Fiqah nanti mama hanya benarkan makan aiskrim durian ajelah ye. Tak berani dah mama nak bagi dia rasa durian.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..